Saturday 1 June 2013

BOIKOT TETAP BOIKOT!

 
Ada orang melayu kata: "kalau kita boikot syarikat cina,habis lah pekerja kilang orang melayu, sales tak ada dan syarikat itu akan bankrap seterusnya pekerja melayu kita semua kena buang kerja”

1.Tahukah anda apabila kita boikot syarikat cina dan sokong syarikat melayu yang dahulu nya kecil, apabila sokongan kepada syarikat orang melayu diberikan, syarikat orang melayu ini akan membesar dan bertambah. Apabila syarikat melayu membesar dan bertambah, syarikat melayu ini akan memerlukan pekerja kilang yang lebih ramai. Jadi, peluang kerja untuk orang melayu akan bertambah dan sentiasa ada.

2.Kenapa kita berfikiran sempit bahawa, kalau boikot syarikat cina, maka hancur lah orang melayu kerana tidak ada pekerjaan. Anda tidak tahukah bawaha syarikat produk orang melayu sangat banyak tetapi mereka adalah usahawan kecil yang tak berjaya kerana tidak diberi sokongan.

3.Bila tidak diberi sokongan, tiadalah untung besar, bila tiada untung besar, produk mereka tidak dapat ditambah baik kualiti nya kerana kekurangan modal. Research and development of product memerlukan dana dan modal yang besar untuk menambah baikan kualiti iaitu hasil dari keuntungan. Hujjah pekerja melayu dibuang kerja dan tidak ada pengganti syarikat lain adalah kerana tidak faham akan asas ekonomi dan perniagaan -admin FF

No comments:

Post a Comment

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.