Tuesday, 25 June 2013

Kalau dah dasar Komunis....Tak Kisah ahh Melayu Ke Cina.....!

 
Ramai yang tidak sedar dan tidak tahu pun tentang satu majlis memperingati Ulang Tahun Ke-65 Perang Anti-British 20 Jun telah diadakan di Auditorium Dewan Perniagaan Cina Selangor, Jalan Maharajalela dari pukul 7:00 malam sehingga pukul 10:35 malam tadi.
Majlis tersebut dianjur bersama oleh Persatuan Persahabatan Abad Ke-21 Malaysia, Persatuan Persahabatan Phoenix Malaysia, Jawatankuasa Perhubungan Persatuan Kawan Karib Kebangsaan dan Gecinta Berhad. Turut bekerjasama dengan penganjur-penganjur berkenaan adalah Malayan Second World War History Society, Strategic Information and Research Development Centre (SIRD), Action Committee Comdemning the Batang Kali Massachre dan Penerbitan Alaf Dua Puluh Satu.

Jumlah kehadiran dicatatkan adalah 120 orang. 

Antara yang hadir termasuklah: 
(a) Dr Chong Fah Hing – Pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM
(b) Tan Suan Poh – Penulis Sastera dari Singapura
(c) Chong Ton Sin – Executive Director SIRD

Program yang diadakan hanyalah:
(a) Peringatan Perang Anti British 20 Jun: Sumbangan Perang Anti British kepada kemerdekaan.
(b) Pelancaran Buku Siri "Sepuluh Tahun' (Cerita Perjuangan Anti-British Jilid I-IV).


Perbincangan sekadar berkisar kepada perjuangan lampau pengalaman menentang Britih dan hanya membuat ulasan terhadap buku berkenaan. 

Lebih kurang jam 8:00 malam, tiga orang lelaki (2 Melayu dan 1 India) yang berusia lingkungan 25 tahun bergambar dengan seorang lelaki tua yang tidak dikenali sambil memegang bendera Sang Saka Malaya dan banner bertulisan 'MERDEKA 100%'. 
Adalah dipercayai ketiga-tiga orang pemuda itu adalah orang yang sama yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaysia semasa Blackout 505. Mereka bagaimanapun, tidak dibenarkan masuk ke dalam auditorium. 

99% hadirin terdiri daripada kaum Cina dan merupakan golongan yang berusia lebih 60 tahun ke atas. Berdasarkan pemerhatian, majlis tersebut mendapat sambutan yang menggalakkan daripada bekas anggota komunis memandangkan dewan auditorium penuh.

Para penyokong Parti Komunis Malaya sehingga kini menagih pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia yang mereka terlibat dalam memperjuangkan kemerdekaan negara ini walaupun hakikatnya, PKM sendiri merupakan agen penjajah dari negara Tembok Besar. Perluasan empayar komunisme di Tanah Melayu, dipikul oleh PKM selepas negara-negara Indochina jatuh ke tangan komunis yang berkiblatkan Beijing.

PKM telah melancarkan perang terhadap rakyat negara ini dengan melakukan pelbagai kekejaman walaupun pada masa yang sama, mereka mengakui kononnya mereka cuba menghalau British dari Tanah Melayu. Apabila Persekutuan Tanah Melayu dibebaskan daripada penjajahan oleh British pada 1957, PKM kekal dengan matlamat mereka untuk menawan dan menjajah negara ini sehinggalah mereka terpaksa meletak senjata pada awal 1990-an setelah perjuangan bersenjata mereka, tidak menghasilkan sebarang kejayaan.
Kini, komunis sedang melihat penerimaan anak-anak muda Melayu sebagai pencetus untuk mereka mendabik dada bahawa merekalah sebenarnya yang telah memerdekakan negara ini walaupun secara hakikatnya, mereka adalah penjajah selepas British yang gagal dalam misi. 

Perhimpunan melibatkan bekas anggota-anggota komunis di Dewan Perniagaan Cina Selangor itu, adalah lambang kebangkitan komunis. Cuma menariknya, apa pula yang dibuat oleh syarikat penerbitan Alaf Dua Puluh Satu yang merupakan anak syarikat Karangkraf yang turut menerbitkan akhbar Sinar Harian?

Apakah Karangkraf melihat komunis sebagai kaedah terbaru memaksimumkan keuntungan?

Sumber: Kedahan69ers

"YOU SAKA , YOU PERGI JAUH-JAUH"

1 comment:

  1. alaf bukan abad23 July 2013 at 10:15

    Pembetulan .. yg terlibat 'Penerbitan Abad Dua Puluh Satu' BUKAN Penerbitan Alaf Dua Puluh Satu milik Karangkraf ... sila perbetulkan agar tidak menjadi FITNAH.

    ReplyDelete

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.