Friday, 21 June 2013

Rakaman Pengakuan Melayu Murtad Disiarkan di Stesen Perdana Sweeden!

VIDEO ini bukan hakmilik BBCD - SUMBER

Assalammualaikum dan Salam Jumaat!
Pada 20/6/2013,kami telah mendedahkan mengenai PartiGeletekAllah dan memohon supaya orang ramai report page ini pada Facebook untuk ditutup.Hari ini kami ingin mendedahkan siapa di sebalik pengasasnya.




Mungkin ramai yang pernah dengar nama Adlin Binti Abd Jalil (makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara) yang mencetus kontroversi kerana menghina agama Islam tahun lepas.Baru-baru ini beliau telah memaparkan satu video yang disiarkan di TV Tempatan di Sweeden dimana beliau sekarang dikatakan berada.Akaun FB mempunyai 15,432 followers setakat ini.

Sumber-sumber mengenai maklumat beliau boleh di perolehi di SINI.... SINI...SINI....SINI dan SINI

Ada juga pihak mengatakan bahawa profile ini sengaja diada-adakan seperti dalam artikel INI

Sejauh mana kebenarannya?Wallahua'alam.Dalam masa yang terdapat satu lagi akaun fan page FB yang semakin mendapat perhatian iaitu Fan Page MurtadsInMalaysiaAndSingapore yang dikatakan beroperasi di negara jiran Singapura.Motif dan objektifnya sememangnya jelas dan terang iaitu ingin mencari seberapa ramai umat Islam yang murtad di Malaysia dan Singapura untuk dikembangkan lagi.

Klik Imej untuk besarkan

Akaun ini telah diasaskan pada Oktober 2012 dan telah mencecah sebanyak
2,383 likes.Antara Posting-posting yang biadap oleh kedua-dua pihak ini adalah seperti:

Menggunakan Tulisan Jawi dengan mengatakan "ALLAH B*** LAK***!"
Mempermainkan Sunah Nabi SAW
Dengan ini sekali lagi pihak BBCD ingin memohon orang ramai agar melaporkan mengenai perkara ini kepada pihak-pihak berwajib dan mengambil langkah-langkah seperti yang pernah diutarakan kan pihak BBCD tempoh hari untuk menutup page-page ini melalui kaedah Report Page to Facebook.

Diharapkan dengan pendedahan ini,dapatlah dibendung mana-mana agenda pihak tertentu untuk memurtadkan umat-umat Islam di negera ini.

TERUSKAN SOKONGAN ANDA BERSAMA BBCD!
JIHAD KAMI JIHAD BERASAS!!

No comments:

Post a Comment

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.