Thursday, 27 June 2013

Sokong DAP boleh kurangkan kadar Jenayah??.....

1.Jika jenayah adalah masalah dan ia adalah satu alasan untuk menentang BN, maka sekarang, pertama sekali kita mesti bertanya, jika DAP mendapat kuasa pemerintahan apakah mekanisma mereka untuk memerangi jenayah atau perancangan mereka dalam membenteras jenayah?

2.Sebagai seorang dewasa yang matang yang berupaya untuk mengundi dan berfikir, kita mesti sentiasa membandingkan berita yang diterima dengan fakta yang sebenar sebelum membuat keputusan untuk menentang BN. Kita ambil contoh jika benar jenayah di Malaysia adalah salah BN tetapi pada masa yang sama jika kita mengundi DAP, adakah kadar jenayah akan dapat diatasi dengan lebih baik? Apakah mekanisma, perancangan, langkah dan cara-cara mereka di samping idea bulan dan bintang tentang memberi percuma itu dan ini kepada rakyat?

3.PULAU PINANG mempunyai bilangan tertinggi penagih dadah di negara ini dengan 7,226 orang dikenal pasti dalam tempoh 10 bulan pertama tahun lepas dimana fakta ini diambil dari ahli DAP sendiri iaitu Pengerusi Jawatan Kuasa Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh (DAP).

4.Pada 2010, nisbah Kelantan yang menghidap HIV adalah 28.8% bagi setiap 100,000 penduduk berbanding dengan Kuala Lumpur (18%:100,000) dan Johor (15.5%:100,000). Nisbah HIV Kelantan melebihi nisbah Negara sebanyak dua kali ganda.

5.Berdasarkan statistik Bukit Aman, Selangor mencatatkan bilangan tertinggi jenayah berkaitan senjata api pada tahun 2012, diikuti oleh Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan Kelantan.

6.Bagaimana DAP mahu bercakap tentang KESELAMATAN? Bagaimana pula tentang perhimpunan haram? Adakah perhimpunan haram baik untuk KESELAMATAN negara kita? Dalam sejarah dunia tetang perhimpunan haram, apakah kesan terhadap negara mereka?

7.DAP juga pernah bersetuju bahawa Pasukan Gerakan AM yang dikecam sebagai “Polis Hutan” ini harus dihapuskan. Tidak kurang juga kritikan DAP tentang Polis Unit Cawangan Khas atau Special Branch kita juga patut dihapuskan. Adakah dengan penghapusan ini satu langkah yang baik yang boleh menurunkan kadar jenayah di negara kita? Bagaimana kita hendak membenteras jenayah jika cadangan mereka adalah dengan menghapuskan Pasukan Gerakan Am, Polis Unit Cawangan Khas dan banyak lagi?

8.Sepanjang DAP berkempen sejak 5 tahun lepas hingga ke saat PRU13, pernah tak kita dengar apakah perancangan, langkah, cara-cara mereka untuk menangani isu jenayah kita di Malaysia? Mereka hanya pandai menunding jari, tetapi tidak sekali memberi cara penyelesaian.

9.Admin FF rasa kita patut sediakan Polis Angkasa, Gaban, Power Rangers, Spiderman, Batman, Ironman, Superman, Gi Joe, KluangMan, Cicak man, Thor(sambungkan...) untuk membenteras jenayah di Malaysia. Setuju?

10.Orang-orang seperti ini mempunyai daya fikiran yang kurang cerdik pada tahap tekanan mentalnya sangat tinggi. Kegagalan menuntut ilmu atau malas berfikir secara teliti akan membuatkan tahap IQ melonjak menjadi bangang tanpa batasan sekaligus membuatkan fungsi otak berfikir dengan tidak menggunakan logik, rasional mahupun fakta.

-KETUA PENGAKAP FF-

No comments:

Post a Comment

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.