Wednesday, 19 June 2013

TERKINI! Blogger Melayu DAP Dihentam Pemimpin CINA DAP! Terima Kasihlah Akhbar The STAR!

SUMBER : Dr MiM


Kita tentu masih ingat dengan blogger Aspan Alias yang menyertai DAP tahun lalu. Beliau menyerahkan borang keahlian kepada Lim Guan Eng DAP.

MStar, versi bahasa Melayu akhbar The STAR yang dimiliki oleh parti MCA tetapi diragui kiblat politiknya, telah menyiarkan komen ahli DAP ini.



Di antaranya ialah blogger itu telah mengkritik parti pembangkang itu kerana hanya meletakkan sebilangan kecil ahli bukan Cina sebagai calon Pilihan Raya Umum ke-13 yang lalu.
"Bagaimana ini boleh berlaku? Jika anda mengatakan bahawa anda sedang berjuang untuk rakyat berbilang kaum, anda mesti menunjukkan bahawa parti ini sememangnya diwakili Melayu, Cina dan India," katanya kepada The Star.  
Menurut Aspan, beliau menyertai DAP kerana merasakan bahawa Barisan Nasional (BN) gagal membangunkan perpaduan negara.  
Namun katanya beliau kini menyedari bahawa DAP sendiri tidak mempercayai kaum lain, khususnya orang Melayu.  
"DAP menyerang BN kerana mendakwa bersifat perkauman, tetapi ramai yang lupa bahawa DAP sendiri mengamalkan dasar perkauman sepenuhnya.   
"Saya tidak peduli jika parti memecat saya. Bagi saya menyertai parti politik hanya sebagai medium, namun matlamat saya adalah lebih penting. Tujuan saya adalah untuk mewujudkan perpaduan negara," katanya.
Kesihan kerana Aspan Alias sedar the hard way dan buta hati hingga sanggup menjadi ahli DAP walau pun sikap rasis parti DAP telah lama wujud dan didokumenkan sejak peristiwa berdarah 13 Mei 1969 lagi.

Ahli DAP ini mungkin telah sedar diri. Tetapi satu perkara yang menambahragukan akhbar milik MCA ialah tindakan akhbar itu yang begitu cepat membantu cuba membersihkan nama parti DAP, parti lawan MCA yang telah memalukan parti komponen BN di PRU13 yang lepas!

Dalam laporan yang sama, akhbar milik MCA itu melaporkan :

Sementara itu, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata tindakan Aspan itu kerana kecewa apabila tidak dipilih bertanding dalam pilihan raya.  
Beliau juga menolak semua dakwaan Aspan dan menyifatkan ia sebagai "tidak penting".  
"Dia hanya seorang ahli biasa. Dia boleh mengatakan apa yang dia mahu. Kepimpinan parti akan bertindak balas apabila diperlukan, "katanya.
Laporan itu adalah kenyataan character assassination yang tidak menjawab persoalan besar yang didedahkan oleh blogger tersebut!

'Terima kasih banyak-banyak' kepada akhbar MCA, The STAR kerana jadi tunggangan dan bersihkan nama parti DAP!


Ironinya, MiM yakin portal-portal pro-pembangkang seperti SorosKini MalaysiaKini tidak akan bertindak seperti akhbar MCA, The STAR jika parti UMNO dan BN diserang oleh pakatan pembangkang. Portal pro-pembangkang itu akan membiarkan persepsi buruk terhadap parti BN dan UMNO.

Dan jika mereka mahu melaporkan jawapan sebelah UMNO dan BN, jawapan itu masih lagi ditulis berbentuk memburuk-burukkan parti UMNO dan BN.

Dan benarlah kenyataan MiM kerana kenyataan Anthony Loke Siew Fook DAP itu telah dibalas oleh Aspan Alias. Persoalan besar sekarang, apakah akhbar MCA, The STAR akan melaporkan kenyataan balas blogger ini yang bakal menambahmalukan parti DAP?

Beranikah The STAR, akhbar MCA?

Jawapan balas Aspan Alias, ahli DAP yang mempertikaikan kepimpinan parti DAP :

Saya sendiri baru mengalami secebis pengalaman apabila saya memberikan pandangan yang sebuah parti yang memperjuangkan ‘multiracialism’ itu sebenarnya tidak melaksanakan apa yang mereka laungkan dan perjuangkan. Komen saya dipetik oleh akhbar media perdana tempatan dan komen saya yang saya berikan secara jujur itu mendapat reaksi bernadakan peribadi yang tidak sepatutnya keluar dari seorang yang berkedudukan sebagai seorang pemimpin besar parti itu.

Dia memberikan reaksi yang mengatakan saya ini bukannya orang penting (unimportant). Tidak pernah saya mengatakan saya seorang yang penting. Jika ada insiden-insiden yang saya mengakui diri saya sebagai penting tolong beritahu saya. Benar saya sememangnya tidak penting (unimportant) tetapi saya hanya memberikan komen sebagai ‘ordinary citizen’ atau seorang biasa yang melata dipinggiran politik ini. Saya bukannya seorang pemimpin pun.

Oleh kerana saya tidak penting (unimportant) itulah persoalan timbul kenapa komen saya itu diberikan reaksi yang begitu ganas bunyinya? Jika komen yang tidak digemari itu datangnya dari seorang yang tidak penting (unimportant) maka tidak ada sebab pemimpin itu memberikan reaksi terhadap komen saya itu dengan nada yang agak angkuh dari seorang pemimpin yang bakal mengambil alih teraju parti itu?

Saya dituduh kecewa kerana tidak menjadi calon dalam PRU 13 yang lepas dan ini merupakan komen yang sangat peribadi. Jika pun saya dijadikan calon ia tetap tidak melambangkan ‘multiracialism’ seperti yang dilaungkannya itu kerana ia akan hanya menambah bilangan Melayu di dalam senarai itu hanya menjadi dua orang sahaja dari seorang yang ada sekarang.

Jadi isu saya tidak bertanding tidak sepatutnya terkeluar dari mulut pemimpin ini jika beliau ada jawapan sebenar kepada komen saya itu. Beliau melarikan isu pandangan saya itu dengan memberikan komen peribadi. Kepada pemimpin pemimpin yang saya maksudkan itu, saya ingin mengingatkan kembali bahawa saya tidak pernah berjumpa dengan beliau dan menuntut hendak menjadi calon itu.

Malahan sejak saya menyertai parti itu saya tidak bertemu dengan beliau walaupun sekali. “Please bro, don’t equate my values with yours, don’t be too personal, and try not to be arrogant. You may not have regards for me, but at least give regards to your own self.” Saya tidak ada apa-apa perasaan peribadi yang tidak baik terhadap anda. Jadilah seorang yang dewasa.

Saya ulangi, saya ini sememangnya tidak penting. Tetapi jika hendak memberikan reaksi juga kepada komen yang tidak penting itu sepatutnya dia jawab isu yang saya berikan itu, iaitu parti itu bukannya parti ‘multiracial’. Buktikan yang parti itu bukan parti ‘multiracial’ dalam ertikata yang sebenarnya. Takkanlah tidak ada jawapannya jika benar komen itu datangnya dari seorang yang ‘unimportant’ tadi. Kenapa membuat serangan peribadi. Komen saya itu tidak langsung mengandungi unsur peribadi tterhadap sesiapa. seterusnya

Isu akhbar, The STAR at one side, MiM sarankan kepada Aspan Alias supaya keluar daripada parti DAP seperti Tunku Aziz.

Dan kepimpinan tertinggi BN perlu bincang dengan serius tentang hala tuju akhbar The STAR.

No comments:

Post a Comment

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.