Wednesday, 3 July 2013

LGE Sudah Kasi Bersih....Jonker Walk Bila??

1.Lim Guan Eng telah pun membuat pembersihan kepada perampasan stall peniaga melayu sahaja tanpa sebarang notis awal di kawasan bermajoriti melayu iaitu kawasan Parlimen Permatang Pauh, Uptown Bandar Perda. Tujuan ini adalah untuk melumpuhkan peniaga melayu yang tinggal di Parlimen Permatang Pauh supaya tidak dapat berniaga pada bulan Ramadhan.

2.Walaupun peniaga melayu disitu tidak pun menghalang atau membuat sebarang kesesakan lalulintas dikawasan situ, tetapi Lim Guan Eng tetap merampan stall dan barang-barang perniagaan seperti payung khemah, papan, baldi air dan banyak lagi. Tindakan ini adalah bertujuan terhadap isu Jonker Walk.

3.Dalam masa yang sama Jonker Walk tidak dapat ditutup kerana campur tangan Nazri Aziz yang memenangi majoriti kawasan penduduk melayu di Padang Rengas, Perak selaku Menteri Perlancongan telah mengarahkan dan memberitahu Ketua Menteri Melaka Idris Haron supaya Jonker Walk harus dan terus dibuka seperti biasa.

4.Menteri Perlancongan ini juga berkata bahawa jika Jonker Walk ditutup akan menyebab pelancong dari seluruh dunia tidak akan datang ke negeri Melaka lagi, ia seakan-akan menampakkan bahawa tarikan dan pengenalan negeri Melaka ini adalah hanya berdasarkan dari Jonker Walk semata-mata.

5.Nazri Aziz juga menambah bahawa penutupan Jonker Walk untuk laluan kereta yang sesak tidak akan memberi manfaat sekaligus memberi makna bahawa pelancong negara asing lebih utama dan penting dari kemahuan hak dan suara rakyat majoriti di Melaka yang mahukan penutupan Jonker Walk.

6.Dalam pada masa yang sama Nazri Aziz baru sahaja melantik Ng Yen Yen untuk menjawat jawatan sebagai Chairman Board of Malaysian Tourism Promotion yang dikatakan layak untuk menjawat jawatan bagi portfolio perlancongan yang berada dibawah kuasa Menteri Perlancongan Nazri Aziz ini.

7.Nazri Aziz berkata beliau melantik Ng Yen Yen atas kapisiti kerana Ng Yen Yen boleh berkomunikasi dalam bahasa Mandarin. Nazri Aziz menambah fakta bahawa ramai pelancong dari negeri China melawat ke negara Malaysia semata-mata hanya kerana bahasa cina di Malaysia berbeza dialek dari dipakai di negara China. Jadi sebab itu lah penting nya untuk melantik Ng Yen Yen kerana dia boleh berbahasa dalam dialek Mandarin/Hokkien Malaysia dan dialek Mandarin China/Hokkien.

8.Dalam pada masa yang sama Lim Guan Eng selaku Ketua Menteri Penang telah mengarahkan merampas stall perniagaan orang melayu di Uptown Bandar Perda, Permatang Pauh kawasan Anuar Ibrahim sebagai tindakan balas terhadap isu penutupan Jonker Walk Melaka.

Video Nazri Aziz Membantah:

No comments:

Post a Comment

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.