Friday, 5 July 2013

Nazri Aziz Seorang Liberal?Menyokong pluralisma?

1.Nazri Aziz yang memenangi hasil dari pilihan majoriti kawasan penduduk melayu di Padang Rengas, Perak selaku Menteri Perlancongan telah memberi kenyataan di media bahawa beliau bersetuju dengan pendapat DAP tentang Undang-Undang bagi penukaran agama untuk Kanak-Kanak bukan Islam dibawah 18 Tahun yang mahu menukar agamanya kepada Agama Islam perlulah dari persetujuan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak tersebut, dan bukan hanya dari persetujuan salah seorang ibu bapa sahaja.

2.Pembentangan rang undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 yang dikemukan oleh pihak Barisan Nasional mencadangkan bahawa penukaran agama Islam bagi kanak-kanak bukan Islam sudah memadai dengan persetujuan dari salah seorang ibu-bapanya sahaja yang mana disokong oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin.

3.Tetapi Nazri Aziz selaku Menteri Perlancongan yang juga turut menyokong DAP tentang pembukaan Jonker Walk harus diteruskan dan memaksa Ketua Menteri Idris Haros akur arahannya berkata:

"Saya sebagai seorang Muslim dan peguam merasakan perkara itu(persetujuan salah satu ibu bapa) tidak selesa. Walaupun mengikut Rang Undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 bahawa salah seorang daripada ibu atau bapa boleh menentukan agama kanak-kanak, saya fikir ini tidak adil" kata Nazri Aziz yang memenangi hasil dari pilihan penduduk majoriti kawasan melayu Padang Rengas, Perak

4.Pada tahun 2008/2009 Nazri Aziz yang pernah mengatakan bahawa Dr.Mahathir adalah bapak segala perkauman.. mengeluarkan kenyataan di media tenttang Pembentangan rang undang-undang Pentadbiran Agama Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 2013 bahawa:

"Sejak dilahirkan, agama seseorang anak telah ditentukan dan mereka telah dididik mempelajari ilmu sesuatu agama pada peringkat awal lagi. Jadi, jika dikatakan kanak-kanak tidak mempunyai agama, ia adalah tidak betul," kata Nazri Aziz yang pernah mengkritik selepas Dr.Mahathir bersara mengatakan, Dr.Mahathir is Father of Racism.

5.Nazri Aziz selaku Menteri Perlancongan yang baru menang telah melantik orang cina iaitu Ng Yen Yen sebagai Chairman Board of Malaysian Tourism Promotion sebagai portfolio didalam kementrian beliau, menambah ulasan:

"Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi hak kaum minoriti dan memastikan hak mereka dilindungi dan saya percaya apa yang berlaku pada hari ini(jika seorang ibu-bapa sudah memadai) adalah menangguhkan masalah yang lebih besar pada masa hadapan" kata Nazri Aziz yang mahu bertanggjungjawab dan menjaga hak orang cina kerana mereka adalah golongan minoriti.

SUMBER1: http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2013%2F7%2F3%2Fmstar_berita%2F20130703135003&sec=mstar_berita

2 comments:

  1. Sesi kabinet PRU12 lepas dia jaga undang-undang. Apa yang dia dah buat kat jabatan kehakiman dan jabatan peguam negara tah. Sampai sekarang ni kebanyakan keputusan cenderung kepada puak liberal. Polis dah penat-penat buat siasatan dan bukti kukuh untuk dakwaan, lepas tu jadi pekasam.
    Sebab tu jenayah menjadi-jadi sebab walaupun dah cukup bukti tak tiada dakwaan.

    ReplyDelete
  2. Shahir Scootie10 July 2013 at 05:34

    Apabila kita bercakap tentang “Malaysia akan menjadi
    negara sekular? ” perkara pertama yang perlu kita fahami adalah makna perkataan
    “SEKULAR”. Jika kita merujuk kepada
    Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, sekular telah ditakrifkan sebagai sesuatu yang “bersifat duniawi dan
    tidak berkaitan dengan keagamaan”. Jadi,
    apabila kita katakan Malaysia akan menjadi sebuah negara sekular ianya bermaksud
    kemungkinan suatu hari nanti Malaysia akan menjadi sebuah negara yang tidak
    menjadikan agama Islam sebagai sumber rujukan dalam hal ehwal pentadbirannya.

    ReplyDelete

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.