TAN SRI SYED MOKHTAR BUKHARI ADALAH KRONI BN? MONOPOLI PERNIAGAAN? BILLIONAIRE YANG KAYA SEORANG DIRI?
1.Tan Sri Syed Mokhtar Bukhari telah membina Yayasan al-Bukhary yang
ditubuhkan pada Mac 1996 untuk membantu golongan miskin, khususnya dalam
bidang pendidikan.
2.AlBukhary
International University adalah university bagi orang Islam sahaja yang
berpusat dikedah iaitu 100% penajaan biasiswa kepada semua pelajar yang
belajar disitu. Bermakna yuran belajar semua pelajar adalah dibawah
tanggungan Tan Sri Syed Al Bukhary.
3.Hingga kini, Yayasan al-Bukhary telah membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan.
4.Yayasan ini bukan sahaja menghulurkan bantuan kepada pendudud negara
ini, malah juga negara-negara Pertubuhan Persidangan Islam (OIC).
5.Antara projek besar yang dijalankan adalah pembinaan Kompleks
al-Bukhary bernilai RM400 juta di Kedah. Kompleks itu memainkan peranan
sebagai pusat yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid,
pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi
warga tua dan pusat pengajian tinggi.
6.Yayasan ini juga
membangunkan Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang
bernilai RM100 juta. Bangunan empat tingkat itu adalah muzium pertama di
rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam.
7.Yayasan al-Bukhary juga membina 16 buah masjid di serata negara.
8.Terdahulu pada tahun 2000, Yayasan Al-Bukhary mendermakan sejumlah
RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat
pengajian Islam yang terkenal di serata dunia.
9.Pada November 2007 pula, Yayasan Albukhary telah menaja lebih 30 pelajar ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
10.Yayasan Al-Bukhary pernah terlibat dalam menyumbang RM3 juta kepada
Tabung Kemanusiaan Lebanon bagi membantu meringankan penderitaan rakyat
negara itu yang menjadi mangsa kekejaman Israel.
p/s: hanya Allah tahu kenapa dia diberi rezeki yang besar lebih dari
mana mana Muslim yang ada di Malaysia ini. Kita beriman terhadap
ketetapan Qada dan QadarNya.
Admin. Dijumlahkan kesemua amal jariak diatas, saya kira ianya tidak melebihi keuntungan/"super profits" yang dikaut melalui monopoli pernigaan beras, gula dan sebagainya. Perlu juga diingat perniagaan Albukhari akan menimbulkan siyuasi kewangan gawat jika salah satu pinjaman dikansel, kerana ianya akn melibatkan pihak bank yang buat pinjaman kepada kumpulan ini jiga dikansel. Apapun kalu kita ada wang kita diwajibkan bersedekah.
Admin. Dijumlahkan kesemua amal jariak diatas, saya kira ianya tidak melebihi keuntungan/"super profits" yang dikaut melalui monopoli pernigaan beras, gula dan sebagainya. Perlu juga diingat perniagaan Albukhari akan menimbulkan siyuasi kewangan gawat jika salah satu pinjaman dikansel, kerana ianya akn melibatkan pihak bank yang buat pinjaman kepada kumpulan ini jiga dikansel.
ReplyDeleteApapun kalu kita ada wang kita diwajibkan bersedekah.