Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Wednesday 14 August 2013

[SEBAR] - Kempen Pakai Songkok di hari penayangan Tanda Putera pada 31 OGOS 2013

 
Kami bersama 15 page lain melancarkan 'Kempen Pakai Songkok' untuk hari penayangan Tanda Putera pada 31 Ogos 2013, Sabtu ini di Pawagam Kuala Lumpur. Lokasi Shopping Mall akan diupdate kemudian kerana kami masih berurusan dengan Pengurus Pawagam untuk mendapatkan tempat seat yang paling banyak/luas supaya kita semua mudah berkumpul dan yang paling penting kita dapat tayangan masa yang cantik/fixed supaya mudah anda semua book online/membeli tiket awal untuk 31 Ogos 2013 ini (tiket wayang tajaan sendiri). Anda semua diminta berkumpul 30 minit sebelum tayangan bermula di pekarangan wayang/tempat menunggu wayang supaya kita dapat mengenal antara satu sama lain dan dapat kita bertegur sapa.

Jadi pada hari penayangan nanti, kita semua akan berlegar-legar dengan memakai songkok di tempat menunggu wayang, baik yang sedang membeli tiket memakai songkok, membeli makanan wayang memakai songkok, sedang menunggu di perkarangan memakai songkok. Dan kita akan tangkap gambar bersama-sama sebelum/selepas wayang untuk kita postkan di FB nanti. Jadi mulai hari ini semua bersiap sedia untuk book online/beli tiket awal yang akan kami umumkan Lokasi Shopping Mall dan masa penayangan dalam masa terdekat. Jika anda malu untuk memakai songkok dari rumah pada 31 Ogos 2013, tidak mengapa kerana anda boleh simpan dahulu di beg silang dan pakai sahaja apabila anda sampai di tempat Pawagam Kuala Lumpur yang akan kami umum dalam masa terdekat ini.

Kami juga memohon pada anda yang tinggal di negeri lain, jika tidak keberatan dan mampu, silalah datang ke Pawagam Kuala Lumpur yang akan kami update nanti. Kepada yang tidak dapat turut serta ke Pawagam Kuala Lumpur, jika anda berani untuk pakai songkok pada 31 Ogos 2013 ini di negeri anda, anda boleh turut serta untuk memakainya di Pawagam berdekatan kawasan anda. Cuma kami bersetuju memilih di Pawagam Kuala Lumpur kerana ia mudah sebagai pusat perjumpaan.

Tarikh: 31 Ogos 2013, Sabtu
Tempat: Pawagam Kuala Lumpur
Masa: Slot tengah hari - petang
***Berkumpul 30 minit di pekarangan wayang/tempat menunggu wayang sebelum bermula masa tayangan
***Sentiasa bersedia untuk membuat membuat tempahan awal seat wayang selepas kami umumkan lokasi tempat dan masa.

Tujuan kita beramai-ramai memakai Songkok adalah untuk memperingati jasa jasa Askar dan Pejuang Melayu yang telah mempertahankan Tanah Melayu ini, sesuai dengan pemilihan tarikh 31 Ogos 2013 sebagai Hari Kemerdekaan Tanah Melayu. Walaupun tarikh pertama penayangan adalah 28 Ogos 2013, tetapi 28 Ogos 2013 dilihat kurang sesuai kerana ianya hari bekerja. Kami pasti dengan pengumpulan orang Melayu kali ini, pasti akan ada pihak disana yang tidak suka kita berkumpul memakai Songkok dan mereka pasti akan panas dengan tindakan kita untuk bersatu ini. Antara Page yang membuat kerjasama usaha ini adalah:

1. Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohammad
2. Boikot Barangan Cina DAP
3. Anti Pakatan Rakyat
4. ANTI Semua Salah UMNO - ASSU
5. Anti Bersih
6. Kami Sokong DAP Diharamkan Seumur Hidup
7. Kuasa Pembeli & Pengguna Melayu Islam - KPPMi
8. Media PJ Selatan
9. Melayu Islam Bersatu Boikot DAP & Kroni
10. Kami Sokong Buletin Utama TV3
11. Persatuan Mukabuku Pulau Pinang
12. Gerakan Memperkasa Ekonomi Melayu - GAMEM
13. Analisi Politik Terkini
14. Ini Kali Lah Gabung
15. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Idola Kami

CLICK SHARE untuk menjayakan kempen ini!
CLICK SHARE untuk menjayakan kempen ini!
CLICK SHARE untuk menjayakan kempen ini!

No comments:

Post a Comment

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!