Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Sunday, 2 June 2013

TERBAIK!...KAMI SOKONG MB JOHOR!

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan mengenakan kadar cukai yang lebih tinggi untuk kira-kira 130,000 warga asing yang memiliki hartanah di negeri ini.
Menteri Besar Johor Datuk Seri Mohamed Khaled berkata kadar tersebut sedang dibincangkan tetapi akan berkuat kuasa akhir tahun ini.

"Saya percaya bahawa kebanyakan penduduk tempatan setuju dengan dasar baru ini dan ia dilakukan untuk meningkatkan pulangan negara kita," katanya pada sidang akhbar di Permas hari ini.

Mohamed Khaled berkata, penilaian semula akan diadakan di seluruh negeri yang mana kali terakhir dilakukan pada tahun 80-an.

"Beberapa majlis tempatan telah menjalankan penilaian harta dalam beberapa tahun kebelakangan ini termasuk Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang membuat penilaian hartanah pada tahun 1991.

"Pembayar cukai tidak perlu bimbang tentang penilaian di mana cukai harta akan dikekalkan bagi hartanah berharga rendah," katanya sambil menambah bahawa cukai yang lebih tinggi akan dikenakan terhadap hartanah bernilai jutaan ringgit.

Mohamed Khaled berkata kerajaan tidak mempunyai niat untuk meningkatkan beban kewangan rakyat tetapi perlu dilakukan untuk meningkatkan pulangan selain memastikan pihak berkuasa tempatan boleh menyediakan kemudahan dan perkhidmatan yang lebih baik kepada penduduk tempatan. 


SIAPA LAGI RAKYAT ASING TU KALAU BUKAN SEKUTU DAP....SING-PAP!

1 comment:

  1. Sebenarnya issue warga asing beli hartanah,berniaga ini dah lama tapi saya tak tahu la samada pihak kerajaan atau pbt pantau ke tidak, kita rakyat tempatn bayar cukai tapi warga asing (ataupendaang asing) meniaga tanpa bayar cukai, restoran restoran org siam pun melambak tapi diaorang ni bayar cukai ke tidak? tolong pantau

    ReplyDelete

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!