Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Saturday, 3 August 2013

Mengapa Jadi Begini Wahai Melayu?


Oleh
Tidak ada dalam negara di dunia ini, selain Malaysia yang Bumiputeranya sentiasa tunduk merendah diri dan menyerap rasa bersalah walaupun tidak berbuat sebarang kesalahan kepada golongan pendatang yang mereka sendiri berikan kerakyatan dan diterima sebagai sebahagian daripada rakyat negara ini.

Walaupun Afrika Selatan dan Fiji mungkin merupakan contoh paling ideal untuk disamakan dengan Malaysia, namun kedua-dua negara tersebut, meskipun telah merdeka, sebenarnya masih belum merdeka. Mereka masih terjajah dek kuasa asing yang mahu memastikan golongan kulit putih dan etnik India menguasai Afrika Selatan dan Fiji. Kerakyatan kulit putih dan etnik India bukannya diberikan oleh Bumiputera sebagaimana yang berlaku di Malaysia.

Bumiputera sudi menerima Cina dan India sebagai sebahagian daripada rakyat Malaysia. Bumiputera sedia berkongsi segala-galanya, termasuklah tanah dan hak mengundi dengan Cina dan India, tetapi akhirnya, Bumiputera terpaksa melutut bagaikan orang salah kepada Cina dan India. Apa-apa sahaja yang dituntut oleh Cina dan India akan dipenuhi sambil Bumiputera meminta maaf sama ada secara langsung atau tidak langsung.

Hari ini, Bumiputera dengan majoritinya berbangsa Melayu, terjajah sepenuhnya dek penguasaan dan pendudukan Cina dan India. Melayu dan Bumiputera sentiasa menundukkan wajah di hadapan Cina dan India. Perasaan Cina dan India perlu sentiasa dijaga dan dibelai. Sebarang usaha meledakkan kemarahan mereka, akhirnya yang disusahkan adalah Melayu dan Bumiputera.

Ambil sahajalah contoh di mana pembangunan negara ini dilakukan. Cuba kira berapa kerat Cina yang menjual tanah kepada Melayu berbanding Melayu yang menyerahkan tanah mereka kepada Cina dan India dengan harga yang jauh lebih murah berbanding maruah dan kehormatan mereka. Dan apabila tanah tersebut dimajukan, Melayu dan Bumiputera terpaksa pula membeli tanah yang asalnya milik mereka, pada harga yang lebih tinggi.

Lebih malang lagi ialah apabila Melayu-Bumiputera dihalang daripada memiliki hartanah di kawasan-kawasan tertentu sepertimana yang berlaku di Ipoh, Kuala Lumpur dan Georgetown. Selain harganya yang tersangat tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh Melayu-Bumiputera yang majoritinya berada pada golongan pertengahan rendah dan rendah marhein, terdapat kekangan yang digunakan untuk mengubah demografi dan komposisi sesuatu kaum di sesuatu kawasan.

Akhirnya jadilah seperti sekarang, Cina dan India menguasai kawasan bandar, manakala Melayu-Bumiputera sekadar menguasai pinggir bandar dan luar bandar. Melayu-Bumiputera tidak mampu menetap atau mendiami kawasan bandar. Dan kalau ada pun, jumlah mereka terlalu sedikit dan mereka tidak lagi menjadi Melayu-Bumiputera meskipun wajah dan batang tubuh mereka kelihatan seperti Melayu-Bumiputera. Bahkan mereka sangat liberal dan malu untuk mengaku atau dikenali sebagai Melayu dan Bumiputera.

No comments:

Post a Comment

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!