Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Sunday, 4 August 2013

[INFO] Beras Faiza Adalah Beras Yang Terbaik

               Syarikat Faiza bertekad dan berusaha agar setiap pengguna mendapat yang terbaik daripada keluaran syarikat. Pihak syarikat merancang dan melaksanakan aktiviti yang boleh membantu meningkatkan mutu keluaran syarikat kami. Pihak kami banyak berkerjasama dengan badan-bahan kesihatan dan pust pengajian tinggi seperti NADI, UKM, UTM, UTHM dalam menyelidik dan melaksanakan penambahbaikan di dalam pemprosesan produk keluaran kami.   Di dalam pengeluaran beras, pihak kami sentiasa mencari dan menyelidik gred-gred beras yang  terdapat di dalam dunia ini dan sudah tentunya Allah  menjadikan yang baik-baik untuk kita umat manusia. Beras merupakan makan utama kita, memakan makanan yang berkhasiat, Insyallah tubuh kita akan mendapat nutrasi yang di perlukan.

            Beras jenama Taj Mahal keluaran Syarikat Faiza telah menjadi makanan utama pengguna-pengguna yang mementingkan kesihatan. Teknik pemprosesan menjadikan beras ini lebih baik di dalam mengekalkan nutrisi-nutrisi yang di perlukan oleh tubuh manusia. Syarikat Faiza juga mengeluarkan BERAS MERAH (Khasiatnya antara lain adalah untuk mengawal berat badan), Pulut Hitam (Khasiatnya antara lain adalah untuk menyejukkan tubuh dan penjagaan kulit)  

          Pemprosesan beras memerlukan peralatan dan teknik yang sesuai bagi menghasilkan beras yang baik. Peralatan pemprosesan seperti pengasing warna, pengesan logam, pengasingan dan peralatan untuk membasmi serangga seperti kutu beras dan sebagainya.   Pihak Kami telah membelanjakan berjuta ringgit di dalam penyelidikan kesihatan dan pemesinan antara yang terbaru adalah proses menyahkan serangga perosak tanpa menggunakan bahan kimia. Syarikat kami merupakan syarikat PERTAMA di dalam industri beras yang menggunakan peralatan sedemikian di Malaysia. Selain daripada membasmi serangga, mesin ini juga menambahbaik beras antaranya :-

a. Masa memasak menjadi lebih cepat (10% - 15%)
b. Beras lebih bersih
c. Jangka hayat beras menjadi lebih lama (Bergantung pada tempat simpanan setelah di proses)
d. BEBAS daripada penggunaan bahan kimia.  



Penggunaan peralatan yang boleh mengasingkan warna beras.Teknologi ini berkembang pesat di dalam peningkatan mutu dan kuantiti pemprosesan, boleh memproses sejumlah 16000 kg beras sejam.  
Syarikat Faiza boleh mengeluarkan sejumlah 600 MT - 800 MT sehari dengan melalui mesin pemprosesan seperti Mesin penyingkiran habuk, mesin penyingkiran batu  dan bahan yang berat, melalui magnet untuk menarik habuk logam, mesin pengilatan dan juga mesin penyahan serangga dan mesin penyingkiran warna sebelum ianya di bungkus mengikut gred-gred yang telah di tetapkan.

Kredit:Syarikat Faiza Sdn Bhd
P/s:Artikel ini dibuat khas oleh Syarikat Faiza untuk BBCD dan rakan-rakan FB - Sumber

No comments:

Post a comment

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!