Tsunami media pasca PRU13 dilaporkan telah melanda industri persuratkhabaran di negara ini. Ia berikutan penghijrahan 30 wartawan termasuk editor kanan Malaysian Insider ke Malay Mail (surat khabar Melayu yang kini dimiliki oleh Cina dan barisan editornya dimonopoli oleh orang bukan Melayu... Apa sudah jadi?). Manakala seorang editor kanan NST pula telah melompat ke Malaysian Insider untuk mengisi kekosongan di portal berita propembangkang itu.
Ada yang mendakwa tsunami media ini sebenarnya telah dicatur oleh individu tertentu bagi menghadapi PRU14. Aku tak berani nak komen tentang dakwaan wujudnya percaturan ini. Baca tulisan Gelagat Anwar di sini..
Apa yang menjadi persoalan ialah kedudukan barisan editor dan pucuk pimpinan The Star yang sejak akhir-akhir ini semakin ketara bertindak sebagai lidah tidak rasmi DAP. Apakah pucuk pimpinan MCA sudah tiada daya untuk mengawal barisan editor di surat khabar milik parti itu sehingga semakin berani menjadi media suara DAP atau perlakuan akhbar itu mendapat restu pucuk pimpinan MCA?
Bukan sekali dua The Star mencetuskan kontroversi tetapi sudah acap kali. Bermula artikel restoran menyediakan sajian babi sebagai pakej juadah Ramadan, isu gambar penyanyi Barat bertatu kalimah Allah sehinggalah iklan kempen BN/MCA semasa PRU13 lalu. Itu belum masuk soal penerbitan beberapa artikel penulis yang menghentam UMNO dan orang Melayu secara terang-terangan.
Semalam, akhbar itu mencetuskan pula isu apabila menyiarkankan "iklan" yang melabelkan Rosmah sebagai wanita paling berpengaruh di Malaysia serta wajah-wajah pemimpin wanita pembangkang - Hannah Yeoh, Ambiga dan Nurul Izzah.
Malahan akhbar itu juga secara terang-terangan mahukan kerajaan membina monumen memperingati segerombolan Cina komunis dibunuh tentera British di Batang Kali dan pelbagai tuntutan lain. (Baca di sini...)
Jika benar MCA merestui arus yang dibawa The Star hari ini, wahh... itu sesuatu yang amat berbahaya bagi BN pada masa depan. Dan jika benar MCA tidak tahu menahu soal aliran politik para editor di The Star, maka Chua Soi Lek selaku Presiden MCA perlu berbuat sesuatu terhadap barisan editorial akhbar tersebut.
MCA jika mahu kembalikan sokongan orang Cina, mereka patut memecat Ketua Pengarang The Star.... Soalannya... Berani ke Soi Lek?
No comments:
Post a Comment
Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.