Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Sunday, 23 June 2013

Burger Tepi Jalan

Tadi selepas tengok wayang, saya tak tau nak makan apa, tetiba macam  teringin nak makan burger. Biasanya saya makan burger McD tapi setelah mengikut jejak untuk boikot barangan Cina DAP ni, maka saya mencuba burger Melayu kita yang dijual di tepi jalan.

Nak kata saya tidak pernah beli dan makan burger tepi jalan nampak sangat la tipu tapi bilangannya boleh dikira dengan jari tangan. Oleh itu, saya tidak tahu berapa harga burger ni semua.

Tadi saya beli burger daging special dengan harga RM4.00 satu. Ramuan dia adalah dua keping daging yang dibalut dengan telur goreng, diletakan di atas roti yang dibakar manja, dilampirkan juga kobis goreng, mayoinase, cili sos dan beberapa bahan enak yang lain. Dek kerana bau yang amat menyelerakan, maka saya order lagi dua burger untuk osmate saya.

Harga semuanya hanya RM12.00. Yer...baru saya tau bahawa tiga biji burger yang lebih besar dari burger McD berharga cuma RM12.00. Kalau kat McD nie, mau nya dah dekat empat puluh ringgit. Burger McD pun bukannya sedap sangat pun sebenarnya cuma yang kita sudi makan sebab ada aircond, wifi dan selesa. Itu saja.

Terima kasih PRU13 kerana menyedarkan saya bahawa barangan anak Melayu kita jauh lebih murah dan berkualiti. Lepas ni tak cukup jari kakitangan la saya berkunjung ke gerai burger di tepi jalan...janji gerai tersebut kena bersih la. Kalau sambil goreng daging tapi di jari dok pegang rokok...sorry yer dek saya cari gerai lain lah.

Terima kasih BBCD kerana berusaha gigih untuk menyedarkan Melayu Islam kita supaya sedar bahawa betapa pentingnya kita membantu usahawan Melayu supaya lebih berdaya saing.

Sekarang, nak makan burger, meh la kita bawa anak-bini makan kat gerai tepi jalan. Jimat duit.

Cuma diharapkan agar anak-anak muda kita yang menjual burger supaya dapat menaik-tarafkan sedikit konsep jualan supaya lebih dinamik iaitu disediakan meja makan, minuman serta perkhidmatan yang cekap dan bersih.

SM

1 comment:

  1. Shahir Scootie12 July 2013 at 20:19

    sewanya mhal kot.. nk sewa pon satu hal, perkene duit kopi dulu baru lah dipertimbangkan. bukan persepsi tapi realiti. cth; booking, sewaan, contract dll.

    In fact kepelbagaian jenis peniaga ini sebernarnya macam prey and predator. Yang kuat(bersih) terus maju, yg lemah(pengotor) terus kecundang.

    Dan bilanya semua peniaga pembersih, next challenge is sedap.
    Lepas tu, sihat atau sakit.

    Dan seterusnya, ibarat sebuah rantai makanan. -SS-

    ReplyDelete

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!