Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Sunday, 30 June 2013

Malunya cara orang Melayu berniaga!


Banyak perbezaan sikap orang Melayu kita berniaga dengan orang Cina. Kedai makan orang kita contohnya, bila pelanggan masuk, pekerja-pekerja kedai macam tarik muka tengok kita tarik kerusi seolah-olah kita ni menyusahkan mereka. Jika pekerja-pekerja sibuk, taukeh yang biasanya duduk di kaunter cashier akan cuma memerhati atau panggil (keloi) pekerjanya untuk layan kita. Hakikatnya, dia cuma sebuk duk main facebook. Taukeh la katakan.

Sikap-sikat negatif lain orang Melayu kita bila buka kedai makan adalah seperti berikut:

  1. Bila dah kita duduk ramai-ramai, bawa kad menu sekeping dua saja padahal dekat kaunter ada banyak lagi kad-kad menu. Kita pun terhegeh-hegeh la jenguk sebelah sana-sini untuk baca menu tu. Tak boleh ka kasi sorang satu jadi proses nak ambil order tu jadi cepat sikit.
    Masalah dengan kad menu pun perbagai:
    - Plastik luminate yang dah hancur, melekit sana-sini dan ada yang berbau macam tong sampah.
    - Satu lagi, bila order itu..tak ada, dah habis. Order ini...tak ada dah habis. Baik tak payah kasi menu.
  2. Bila kita dah ready nak order, muka pelayan masih ketat, tak senyum lansung. Kita sebut apa yang kita nak, dia cuma tulis tanpa mengulangi apa yang kita dah order. Nanti bila dah hantar dan dihidangkan...ada saja minuman dan makanan yang salah.
  3. Kita tahu, bila kita makan di kedai Melayu, bukan lah kita makan kat 5 star hotel tetapi perbaiki la sikit mutu perkhidmatan. Pelayan bila hantar air dan makanan, dia akan pilih satu sudut sahaja. Dekat situ la dia letak segala jenis minuman dan makanan. Pandai-pandai la kita susun atur siapa punya minuman dan makanan.
  4. Pasal meja makan. Meja tu bila dilapkan, pelayan gunakan tuala yang sudah kotor kuning melekit baunya dekat meja tu. Lepas tu ditolak jer saki-baki makanan ke lantai. Rezeki kucing katanya. Bekas kicap dan lada tu kekadang dah berkulat. Saya tidak akan guna-pakai kicap, cili dan tomato sauce ni semua sebab hujung pembuka botol plastic tu semua adalah tempat lalat-lalat bertenggek selepas baru saja balik dari longkang atau lubang tandas.
  5. Kualiti minuman dan makanan masih ditakuk yang amat tidak sempurna. Dalam gambar dekat menu nampak macam cantik dan menarik tetapi bila dah sampai di meja makan, sayur nampak kecut, ikan masin seketul dua, kailan dah lembik, ayam dan daging boleh dikira dengan lima jari dan guna beras hancur yang mat bangla dok beli kat kedai tu. Nasi bau hapak segala.
  6. Kebersihan. Pakaian pekerja yang berbau macam kain tidak kering, bontot gelas yang hitam berkulat, sudu garpu yang bengkok bila hendak potong ayam, kertas tandas digunakan sebagai tisu lap mulut.
  7. Bila sudah selesai makan, samada kita kena ke cashier kaunter atau panggil ke meja kita. Bila dah sampai, cashier akan minta kita ulang balik apa yang kita dah makan. Hai...kalau 20 jenis hidangan dan 20 jenis minuman, kita ingat ker nak ulang balik. Lepas tu terkial-kial baru nak kira. Bila dah bayar, tak ada duit kecik pulak.

Macam ini lah. Meh kita tukar sikit sikap kita. Sekarang kita di dalam kempen memboikot kedai dan barangan orang Cina DAP, jadi ini adalah masa terbaik untuk kita menawan kembali pelanggan dari kalangan orang Melayu untuk mengunjungi kedai-kedai dan gerai makan orang kita.

  1. Kad menu tu bukannya mahal sangat pun. Buat banyak-banyak dan simpan separuh kat dalam laci. Bila ada yang dah lusuh, tukarkan dengan yang baru. Kasi sorang satu kepada setiap pelanggan yang datang. Bagi tahu siap-siap, senarai makanan mana yang sudah habis, senang pelanggan hendak buat pilihan.
  2. Kertas nak ambil order tu, sila laburkan sedikit beli yang ada carbon jadi bila order ditulis akan ada sekurang-kurangnya dua salinan. Satu untuk orang dapur dan satu untuk bos awak atau cashier dekat kaunter tu. Jadi dia boleh hitung siap-siap jumlah yang setiap meja perlu bayar. Bila pelanggan membuat order atau pesanan, ulang balik dan pastikan pelanggan mengangguk untuk memastikan tiada kesilapan. Jangan lupa senyum dan layan pelanggan seolah-olah kita layan tetamu yang datang kat rumah di hari raya.
  3. Bila minuman dan makanan dah sedia untuk dihidangkan, berusahalah untuk mengingati siapa order apa dan hantar pada pelanggan dengan tepat. Kalau tidak ingat, tak apa. Tanya pelanggan...”Teh ais untuk siapa?”..senang je kan? Baiki mutu perkhidmatan.
  4. Semolek-moleknya, meja dialas dengan kain yang tahan lama. Setiap kali pelanggan meninggalkan meja makan, tukar dengan yang bersih kalau sudah kotor. Tetapi jika tiada alas meja, pastikan kain mengelap tu putih bersih dan tidak berbau. Saki-baki makanan tu, pandai-pandai la kutip dan dihantar ke tempat buangan.
    Botol kicap, cili dan tomato sauce tu semua tidak perlu. Kalau pelanggan hendak, nanti dia minta. Tetapi pastikan yang semuanya disimpan ditempat yang tertutup tanpa gangguan lalat, semut, lipas, cicak dan tikus. Pastikan juga tarikh luput benda ni semua sebab kadang-kadang benda ni tidak selalu digunapakai oleh pelanggan, maka terperap lah kicap, sauce ni semua kat dalam botol-botol plastik tu bertahun-tahun lamanya.
  5. Setiap perniagaan sudah semestinya hendakkan keuntungan. Namun pastikan bahan untuk memasak adalah terbaik dari berbagai segi termasuk kesegaran sayur dan daging. Cuba lah sebaik mungkin untuk menjadikan hasil masakan kita sebijik macam tertera di atas menu kita. Kita berniaga, kita mengambil duit orang disebabkan hasil jualan, maka hidanglah minuman dan makanan kepada pelanggan kita dengan ikhlas, berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Melabur lah dengan menggunakan beras yang berkualiti sebab ianya adalah makanan ruji kita. Pelanggan yang puas hati akan datang lagi dan lagi, turut akan mempromosikan kepada kawan dan saudara-mara. “Repeat Customers” adalah penting.
  6. Kebersihan Pekerja dan alatan berniaga. Sebaiknya sediakan uniform. Murah pun tak apa janji bersih. Kebersihan diri pekerja kita menjamin kebersihan premis dan makanan kita juga. Gelas, sudu garfu dan pinggan mangkuk mestilah sempurna cuciannya. Kalau dah teruk sangat gelasnya, sumbing sana, sumbing sini, bontot gelas berdaki, pinggan berkerak, gigi garpu ke timur dan barat...maka tukarkan lah dengan yang baru. Pakai lah tisu yang betul-betul untuk di meja makan bukan “toilet paper”.
  7. Bos, anak bini bos yang biasanya merangkap jawatan cashier tu, rajin-rajinlah dan ringankan bontot melayan tetamu. Seelok-eloknya bila pelanggan panggil untuk buat bayaran, kita yang meluru ke meja makan untuk memberitahu jumlah yang perlu dibayar. Tengok kedai makan Cina, semua bayaran dibuat bila pelanggan panggil.
    Bila dah dipanggil, sediakan bil yang sempurna. Minta pelanggan pastikan bahawa tiada kesilapan pada harga yang dinyatakan. Itu baru menunjukkan keikhlasan pihak kita untuk berniaga. Islam pun turut mewajibkan kita supaya jujur bila berniaga.
    Kesilapan paling besar adalah bila kita meminta supaya pelanggan ulang semula apa yang telah dimakan kerana ianya menyusahkan pelanggan, membazir masa dan satu amalan yang tidak cekap. Jika ada pelanggan yang tidak jujur, maka kita sebagai peniaga akan mengalami kerugian bilamana akan ada hidangan yang tidak berbayar.
    Ucap terima kasih kepada semua pelanggan bila mereka sudah hendak meninggalkan kedai. Tunjukkan perhargaan kita kerana mengunjungi kedai kita.

Selain dari itu, mari lah kita menaik taraf perniagaan kedai dan gerai makan orang Melayu kita ke tahap yang lebih baik dari orang Cina. Kalau kita pernah ke negara Eropah atau Jepun, kita boleh lihat bahawa amalan perniagaan makan harian dijalankan dengan penuh dedikasi. Walaupun kecil sahaja kedai atau gerai mereka namun mutu perkhidmatan dan kebersihan amat membanggakan. Pelayan memakai apron yang bersih dan melayan kita seolah-olah kedainya adalah di dalam hotel yang mewah. Kopi atau teh  yang dihidangkan berlapikkan tisu lembut dan “presentation” yang cantik.

Mari lah kita berubah.

Selendang Merah.

3 comments:

  1. Aku yang bengang, kalau pesan air berais. Habis makan, tak lama balik rumah dah rasa sakit tekak. Dah tu mula la datang kahak hijau diikuti oleh selsema dan batuk-batuk. Kalau kena camni dah sah buat pakai air tak masak (guna air mentah). Yang mampu aku buat adalah sumpah seranah biar dia rugi hari tu.


    Lagi satu, kadang-kadang bahan untuk memasak tu tak disahkan halal. Botol sos, kicap dan lain-lain takde logo halal jakim. Barang mentah pun main oder, cina yang hantar. Ayam pun oder kat cina camna tu?

    ReplyDelete
  2. susah_cari_kedai_kete_melayu944 July 2013 at 22:17

    bagus lah admin nie...

    ReplyDelete
  3. Salah cara kamu berfikir itu ... bangun sebuah perniagaan bukan kerana suatu bangsa.. yg pentingh rajin dan usaha .. jika kamu katakan cina penyebab kpd kejatuhan perniagaan melayu itu silap.. sikap orang melayu itu sendiri menjadi punca ... nak cepat kaya ... malas dan iri hati ...sy bermula berniaga dan maju kerana galakan dari rakan cina saya.. dia yg menunjukkan teknik perniagaan yg betul .. sbb nabi kata jika nak berjaya kena belajar sampai ke negara cina sbb org cina ni dah lama berniaga ... kita perlu bersama mereka utk menimba ilmu dr mereka sekian dr sy tak akan melayu hilang di dunia...

    ReplyDelete

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!