Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Friday, 21 June 2013

Laporan Bantuan NED Ke Malaysia 2012!

AIDCNews – 20/06/13 – National Endowment for Democracy (NED), sebuah yayasan dana demokrasi yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) mengeluarkan laporan tahunan sumbangan dana untuk Malaysia bagi tahun 2012.

Laporan tahunan itu disiarkan dalam laman NED, ned.org/where-we-work/asia/malaysia
Tercatat dalam laporan itu sumbangan dana kepada Islamic Renaissance Front Berhad sebanyak $50,000 untuk mendidik anak muda Malaysia tentang asas falsafah hak demokrasi dan manusia serta hubungannya dengan Islam. Islam Renaissance Front (IRF) mengadakan siri forum dan bengkel untuk menterjemahkan demokrasi dan Islam di negara ini.

IRF diketuai oleh Dr Ahmad Farouk, Pengerusi bersama BERSIH 2.0.

Selanjutnya tentang IRF, sila baca, “ISMA : IRF Berfahaman Liberal“, “Kenyataan Ahmad Farouk, IRF Tentang Negara Islam Ditegur“, “Penganut Islam Liberal Berlindung Di Sebalik Sosok Tariq Ramadan“, “Malaysiakini Sahkan IRF Kumpulan Islam Liberal“, “Misteri 11 Doktor Hospital Tung Shin“, “Forum UIA Tidak Wajar Sama Rata Hak LGBT“, “Islamic Renaissance Front : NGO Hak Asasi Manusia Bertopeng Islam ?” dan “Apakah Sekarang Era NGO Feminism & Islam Renaissance ?.”

NED turut mencatatkan sumbangan kepada Lawyers for Liberty (LFL) sebanyak $45,000 untuk melindungi dan menggalakkan hak asasi manusia serta akses kepada keadilan. LFL akan terus membina rangkaian peguam yang berminat dalam perlindungan hak asasi manusia dan menjalankan pelbagai aktiviti seperti hak undang-undang dan latihan kuasa, kempen maklumat awam, dan tindakan undang-undang strategik.
LFL diketuai oleh N Surendran, Naib Presiden PKR.

Selanjutnya, tentang LFL, sila baca, “Maka Bermulalah Lawyers for Liberty (LFL) Di Malaysia“, “Kenapa Lawyers for Liberty (LFL) Berucap Dalam Kongres PKR ?“, “Kes Latheefa Buka Operasi & Korupsi Networking Anwar…” dan “Understanding US Funding to Malaysian Civil Society

Sebanyak $75,000 disalurkan kepada Merdeka Center for Opinion Research untuk menjalankan penyelidikan bagi merangka polisi bagi membentuk pendapat umum di negara ini.

Ketua Merdeka Center ialah Ibrahim Suffian.

Selanjutnya, tentang Merdeka Center, sila baca, “Dalang Di Sebalik Merdeka Centre“, ” Bantu PRU 13 : PKR Dapatkan Kepakaran Firma AS ?“, “Siapa Dalang Bangkit Isu Kapal Selam ?” dan “Bagaimana NED & IRI Bantu Anwar Jadi PM Malaysia
NED menyalurkan dana kepada Mkini Dotcom Sdn Bhd sebanyak $100,000 untuk memperkukuhkan kebebasan media di Malaysia.

Ketua Mkini Dotcom adalah Steven Gan dan Pramesh Chandra.

Selanjutnya, tentang Mkini Dotcom, sila baca, “Proksi Soros Ahli Lembaga Mkini Dotcom“, “Akhirnya Portal Mkini Akui Terima Dana NED & Soros“, “Ezam Cabar Mkini, Azizah & Azmin Jawab Persoalan Soros“, “Tian Chua Dalang Soros, Patut Digantung !“,” Tun M : Portal Mkini, SUARAM Alat Soros Tabal Anwar Jadi PM“, “Malaysiakini admits to receiving foreign funds“, “Dr Chandra expresses shock over Mkini-Soros link” dan “Tun M : Soros using NGOs to effect regime change

NED turut menyalurkan dana kepada Liberal Banter Sdn Bhd sebanyak $45,000 untuk memberi pengetahuan kepada golongan muda tentang isu-isu politik semasa di negara ini.
Ketua Liberal Banter Sdn Bhd adalah Edmund Bon, peguam hak asasi manusia di Majlis Peguam. Beliau juga turut mengusahakan projek LoyarBurok dan kesedaran pengundi.
Selain itu, NED turut menyalurkan kepada dua cabangnya IRI (International Republican Institute) sebanyak $500,000 dan NDI (National Democratic Institute for International Affairs) sebanyak $285,000 untuk meneruskan operasi di Malaysia.

No comments:

Post a comment

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!