Admin
FF pergi ke satu pasaraya ini. admin pergi di section penjagaan diri
iaitu syampoo, ubat gigi dan lain-lain. Admin cuba periksa barangan kita
seperti Secret Garden, Mukmin dan Halagel, sekali bila pusing-punya
pusing dibahagian penjagaan diri tu admin FF tengok tak ada. Macam mana
Secret Garden buatan Johor Corporation dan Ubat gigi Mukmin serta Halagel tak ada. Admin FF dah pelik, yang ada pun hanya ubat gigi Safi DAP.
Admin FF tinggal bahagian tu dan cuba lihat di bahagian sardin.
Alhamdulillah King Cup kita bersebelahan dengan Ayam brand. Ramai orang
ambil King Cup dari Sardin Ayam Brand yang lendir dan hanyir. Admin cuba
periksa dimana Sardin Agromas dan Pertima. Pusing punya pusing tengok
sardin Agromas dengan Pertima tak ada. Admin FF pun dah syak sesuatu.
Sebab di Tesco berdekatan rumah admin barang Agromas dan Pertima tak
pulak diasingkan. Nampaknya pasaraya ni ada tak kena.
Lepas tu,
admin FF jalan dekat bahagian lain dan ternampak rupanya-rupanya barang
kita dah dianaya letak semua barang bumiputera satu tempat yang
tersorok dan belakang. Admin tengoklah dalam satu section tu, ada
Syampoo Secret Garden, ada Ubat gigi Mukmin,Halagel, tiba-tiba dekat rak
atas ada rempah Mak Siti, bawah rempah Mak Siti ada sardin Agromas
dengan Pertima. Sebelah ubat gigi boleh plak bantai campur dengan
section Sos dan Kicap iaitu dari brand Bumihijau. Kalau nak asingkan
untuk produk IKS sahaja, kenapa campur bersama Secret Garden yang bukan
dari IKS?
Admin FF panggil promoter yang berdekatan. admin FF
tanya "dik sejak bila barang-barang ni campur letak kat sini, saya
tengok ubat gigi ada, sardin ada, rempah pun ada. kenapa tak asing letak
sama tempat untuk bahagian masing-masing?"
Promoter tu pun
cakap "barang-barang ni memang lama kami dah susun macam ni, saya kerja
baru dua tahun kat sini. barang-barang ni memang kat sini bang, ni
manager yang set suruh letak dekat sini"
Admin FF tanya balik,
"sapa manager adik? melayu ke cina?" Promoter tu pun jawab "cina bang,
minta maaf la bang. saya ikut arahan je, tak boleh alihkan. saya pun tak
tau kenapa dia letak kat sini"
Admin FF pun beredar dari
pasaraya tu dalam keadaan marah. Inikah yang dinamakan persaingan yang
sihat? Adik promoter tu baru masuk dua tahun dan barang dah memang sedia
letak disitu. Mungkin sudah bertahun-tahun di anaya begitu. Bagaimana
kita nak melahirkan jutawan melayu jika barang-barang kita dianaya?
Bagaiman melayu hendak merasa barangan dari air tangan bumiputera
sendiri? Hanya dengan pengenalan dan kempen ini sahaja orang melayu akan
berusaha untuk mencari barangan mereka sendiri.
Jika tidak
kita beritahu dan sebarkan. rasa-rasanya, sampai kita tua pun orang
melayu tidak akan berjaya, bukan kerana kita malas, bukan kerana kita
tidak boleh bersaing. tetapi kerana kita telah ditindas dari persaingan
sihat. dimana hak seorang pengguna? Adakah membeli barangan bumiputera
dilabel sebagai rasis?
-Ketua Pengakap FF yang kecewa-
No comments:
Post a Comment
Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.