1.Jika jenayah adalah masalah dan ia adalah satu alasan untuk menentang
BN, maka sekarang, pertama sekali kita mesti bertanya, jika DAP mendapat
kuasa pemerintahan apakah mekanisma mereka untuk memerangi jenayah atau
perancangan mereka dalam membenteras jenayah?
2.Sebagai
seorang dewasa yang matang yang berupaya untuk mengundi dan berfikir,
kita mesti sentiasa membandingkan berita yang diterima dengan fakta yang
sebenar sebelum membuat keputusan untuk menentang BN. Kita ambil contoh
jika benar jenayah di Malaysia adalah salah BN tetapi pada masa yang
sama jika kita mengundi DAP, adakah kadar jenayah akan dapat diatasi
dengan lebih baik? Apakah mekanisma, perancangan, langkah dan cara-cara
mereka di samping idea bulan dan bintang tentang memberi percuma itu dan
ini kepada rakyat?
3.PULAU PINANG mempunyai bilangan tertinggi
penagih dadah di negara ini dengan 7,226 orang dikenal pasti dalam
tempoh 10 bulan pertama tahun lepas dimana fakta ini diambil dari ahli
DAP sendiri iaitu Pengerusi Jawatan Kuasa Kesihatan, Kebajikan,
Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang, Phee Boon Poh
(DAP).
4.Pada 2010, nisbah Kelantan yang menghidap HIV adalah
28.8% bagi setiap 100,000 penduduk berbanding dengan Kuala Lumpur
(18%:100,000) dan Johor (15.5%:100,000). Nisbah HIV Kelantan melebihi
nisbah Negara sebanyak dua kali ganda.
5.Berdasarkan statistik
Bukit Aman, Selangor mencatatkan bilangan tertinggi jenayah berkaitan
senjata api pada tahun 2012, diikuti oleh Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan
Kelantan.
6.Bagaimana DAP mahu bercakap tentang KESELAMATAN?
Bagaimana pula tentang perhimpunan haram? Adakah perhimpunan haram baik
untuk KESELAMATAN negara kita? Dalam sejarah dunia tetang perhimpunan
haram, apakah kesan terhadap negara mereka?
7.DAP juga pernah
bersetuju bahawa Pasukan Gerakan AM yang dikecam sebagai “Polis Hutan”
ini harus dihapuskan. Tidak kurang juga kritikan DAP tentang Polis Unit
Cawangan Khas atau Special Branch kita juga patut dihapuskan. Adakah
dengan penghapusan ini satu langkah yang baik yang boleh menurunkan
kadar jenayah di negara kita? Bagaimana kita hendak membenteras jenayah
jika cadangan mereka adalah dengan menghapuskan Pasukan Gerakan Am,
Polis Unit Cawangan Khas dan banyak lagi?
8.Sepanjang DAP
berkempen sejak 5 tahun lepas hingga ke saat PRU13, pernah tak kita
dengar apakah perancangan, langkah, cara-cara mereka untuk menangani isu
jenayah kita di Malaysia? Mereka hanya pandai menunding jari, tetapi
tidak sekali memberi cara penyelesaian.
9.Admin FF rasa kita
patut sediakan Polis Angkasa, Gaban, Power Rangers, Spiderman, Batman,
Ironman, Superman, Gi Joe, KluangMan, Cicak man, Thor(sambungkan...)
untuk membenteras jenayah di Malaysia. Setuju?
10.Orang-orang
seperti ini mempunyai daya fikiran yang kurang cerdik pada tahap tekanan
mentalnya sangat tinggi. Kegagalan menuntut ilmu atau malas berfikir
secara teliti akan membuatkan tahap IQ melonjak menjadi bangang tanpa
batasan sekaligus membuatkan fungsi otak berfikir dengan tidak
menggunakan logik, rasional mahupun fakta.
-KETUA PENGAKAP FF-
No comments:
Post a Comment
Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.