SHAH ALAM: Tindakan kerajaan negeri Melaka menutup pasar malam hujung
minggu yang dikenali sebagai Jonker Walk adalah tindak balas politik
terhadap pengundi Cina yang menyokong pembangkang pada pilihan raya umum
5 Mei lalu, kata DAP.
Dalam kenyataan akhbarnya, ADUN Kesidang Chin Choong Seong
mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri Melaka Datuk
Idris Haron setelah MCA mencatatkan keputusan paling buruk pada PRU-13
itu.
"Jelas ini tindak balas paling tidak demokratik oleh BN terhadap
masyarakat Cina dengan cubaan menakut-nakutkan mereka. Tindakan
memalukan ini tidak akan mencapai objektifnya.
"Sebaliknya, ia akan terus mengasing mereka dengan masyarakat," katanya.
Akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Daily, melaporkan, semlam,
Idris berkata keputusan yang dibuat oleh majlis mesyuarat exco Melaka
pada 12 Jun lalu untuk menutup Jonker Walk adalah sebagai menghormati
kehendak rakyat.
Idris mengingatkan bahawa DAP yang membuat bantahan terhadap keputusan
kerajaan negeri yang melarang kenderaan memasuki jalan di Jonker Walk
bagi menjadikan kawasan itu tempat membeli belah.
Ketika itu, katanya DAP membidas kerajaan negeri kerana mengorbankan
kepentingan pengguna jalan raya demi menjaga nasib 200 penjaja dan
peniaga kecil, 13 tahun lalu.
"Sekarang, kita dapati kebanyakan penduduk Melaka menyokong calon DAP
berbanding MCA, yang bertungkus lumus berkhidmat kepada mereka. Justeru,
kita memutuskan untuk menamatkan pasar malam itu dan berharap mereka
akan berpuas hati," kata akhbar itu yang memetik Idris.
Beliau juga dilaporkan mengakui kekalahan MCA adalah punca kerajaan negeri menutup Jonker Walk.
Pada pilihan raya umum lalu, MCA bukan sahaja gagal merampas Parlimen
Kota Melaka, tetapi Ketua Menteri Datuk Seri Ali Rustam yang berpindah
ke Parlimen Bukit Katil tewas di tangan Ketua Pemuda PKR Shamsul
Iskandar Mat Akin.
SUMBER: AntaraPos
"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA!" - Hang Tuah
tahniah dan syabas km mlaka ..ini yg patut di lakukan dr dulu lg
ReplyDeletememang hebat, terbaik, da bomb!! menunggu lagi berita-berita yang hebat macam ni. sita semua rumah urut pelacuran. tangkap along2 mafia. aku happy!!
ReplyDeletepub2 yang besepah kat melaka raya dan di sekitar mel
ReplyDeleteaka kasi tutop ajer...baru padan muka dorg..kasi betis nk peha..