Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Friday, 12 July 2013

"Hapus Subjek Tamadun Islam" - Ko Chung Sen

1.Ahli Parlimen DAP Kampar, Perak - Ko Chung Sen yang telah menang diatas sokongan orang melayu di kawasannya Kampar, Perak telah mengarahkan supaya menghapuskan serta mengugurkan subjek Tamadun Islam di IPTS buat selama-lamanya, dimana Ko Chung Sen telah memilih untuk membuat kenyataan ini pada bulan Ramadhan iaitu bulan orang Islam berpuasa.

2.Ko Chung Sen hasil pilihan melayu Kampar berkata:
"Lihat kepada universiti terkemuka di dunia, tiada subjek berkaitan dengan agama yang diwajibkan kepada pelajarnya. Bagaimana subjek Tamadun Islam dapat membantu seorang pelajar (melayu atau cina) untuk menjadi doktor, peguam ataupun jurutera? Kenapa ia perlu di Malaysia?"

3.Adakah Ko Chung Sen tidak tahu bahawa tidak satu pun negara di dunia ini yang memberi hak sekolah vernakular seperti di Malaysia. Perlembagaan negara Malaysia hanya menyatakan tentang sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama Islam yang diperboleh praktikan. Dan atas budi bicara serta sikap toleransi pemimpin Melayu yang menerima kaum cina secara kerakyatan Jus Soli, pemimpin melayu telah bermurah hati membenarkan sekolah vernakular yang tidak ada didalam Perlembagaan Malaysia dibuat.

4.Pada hari ini Ko Chung Sen mahu menghapuskan subjek Tamadun Islam kerana mengambil pendekatan tidak ada satu Universiti di dunia yang membuat subjek seperti itu. Tetapi adakah Ko Chung Sen pilihan melayu Kampar, Perak ini tahu bahawa tidak ada kerajaan di dunia ini yang membenarkan sekolah vernakular selain kerajaan Malaysia dibawah pemerintahan BN?

5.Ko Chung Sen kelihatan marah sewaktu memberi kenyataan media di Parlimen kerana tiada perbincangan dibuat oleh dari Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pengajian Tinggi. Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku pemegang portfolio didalam Kementrian Pengajian Tinggi dengan menggunakan kapisiti kuasanya mewajibkan subjek itu dan membuat keputusan muktamad ianya akan berkuat kuasa pada 1 September 2013 tanpa mengambil kira sebarang pendapat DAP.

6.Pemilik Oldtown White Coffee iaitu Pengerusi DAP Perak telah menemani Ko Chung Sen didalam kenyataan media tersebut.

SUMBER:http://www.themalaysianinsider.com/litee/bahasa/article/ahli-parlimen-dap-gesa-kerajaan-keluarkan-subjek-tamadun-islam-dari-universiti/

No comments:

Post a comment

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!