Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Sunday, 14 July 2013

PERHATIAN: Untuk Penyokong Tegar DAP!

1.Ulama' serta ustaz yang tersohor baik di kaca TV atau dimana sahaja perlu lebih kedepan mengkritik secara terbuka seperti Bekas Mufti Perlis - Dr. Maza yang memberi tamparan hebat dengan memberi satu kenyataan terbuka. Sikap kritikan kepada DAP ini perlu disahut bagi semua ahli parti yang beragama Islam, tidak kira parti mana. Akan tetapi, Ulama dan Ustaz yang ada dalam perjuangan parti masing-masing, perlu terlebih dahulu kedepan mengkritik daripada orang awam yang kurang ilmu agama atau jahil ini. Yang lebih berilmu mesti menunjukkan pendirian mereka, supaya orang awam dapat merasa bahawa peranan Ulama atau Ustaz didalam parti masing-masing ada fungsinya.

2.Ahli Parlimen DAP Kampar, Perak - Ko Chung Sen yang telah menang diatas sokongan orang melayu di kawasannya Kampar, Perak telah mengarahkan supaya menghapuskan serta mengugurkan subjek Tamadun Islam di IPTS buat selama-lamanya, dimana Ko Chung Sen telah memilih untuk membuat kenyataan ini pada bulan Ramadhan iaitu bulan orang Islam berpuasa.

3.Ko Chung Sen hasil pilihan melayu Kampar berkata:
"Lihat kepada universiti terkemuka di dunia, tiada subjek berkaitan dengan agama yang diwajibkan kepada pelajarnya. Bagaimana subjek Tamadun Islam dapat membantu seorang pelajar (melayu atau cina) untuk menjadi doktor, peguam ataupun jurutera? Kenapa ia perlu di Malaysia?"

4.Adakah Ko Chung Sen tidak tahu bahawa tidak satu pun negara di dunia ini yang memberi hak sekolah vernakular seperti di Malaysia. Perlembagaan negara Malaysia hanya menyatakan tentang sekolah kebangsaan dan juga sekolah agama Islam yang diperboleh praktikan. Dan atas budi bicara serta sikap toleransi pemimpin Melayu yang menerima kaum cina secara kerakyatan Jus Soli, pemimpin melayu telah bermurah hati membenarkan sekolah vernakular yang tidak ada didalam Perlembagaan Malaysia dibuat.

5.Pada hari ini Ko Chung Sen mahu menghapuskan subjek Tamadun Islam kerana mengambil pendekatan tidak ada satu Universiti di dunia yang membuat subjek seperti itu. Tetapi adakah Ko Chung Sen pilihan melayu Kampar, Perak ini tahu bahawa tidak ada kerajaan di dunia ini yang membenarkan sekolah vernakular selain kerajaan Malaysia dibawah pemerintahan BN?

6.Ko Chung Sen kelihatan marah sewaktu memberi kenyataan media di Parlimen kerana tiada perbincangan dibuat oleh dari Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Pengajian Tinggi. Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku pemegang portfolio didalam Kementrian Pengajian Tinggi dengan menggunakan kapisiti kuasanya mewajibkan subjek itu dan membuat keputusan muktamad ianya akan berkuat kuasa pada 1 September 2013 tanpa mengambil kira sebarang pendapat DAP.

7.Pemilik Oldtown White Coffee iaitu Pengerusi DAP Perak telah menemani Ko Chung Sen didalam kenyataan media tersebut.

SUMBER:http://www.themalaysianinsider.com/litee/bahasa/article/ahli-parlimen-dap-gesa-kerajaan-keluarkan-subjek-tamadun-islam-dari-universiti/



Isu Penutupan Bazaar Ramadhan Reko Sentral 
1.Penduduk dan peniaga di kawasan majoriti melayu, Kajang, Selangor yang telah mengundi pembangkang telah tidak dibenarkan meniaga DEPAN ECONSAVE, Bazar Ramadhan Reko Sentral Kajang,Selangor ditutup dan tidak dibenarkan meniaga disitu. Slogan yang orang melayu Selangor selalu laungkan iaitu:
"Ini kalilah!"
"kita Tukar!"
"kita Ubah!"
telah bertukar sebaliknya diluar jangkaan mereka. Penduduk Selangor yang sering memberitahu kepada umum bahawa "kita harus bagi peluang kepada pembangkang memerintah selama 5 tahun dahulu. nanti jika tidak suka, kita ubah kembali, 5 tahun tidak lama pun" itulah kata-kata orang Melayu Selangor sewaktu kempen PRU13 yang lepas.

2.Sebelum ini tapak Bazar Ramadhan Reko Sentral Kajang deretan atau depan Pasaraya Econsave DAP tidak pernah ditutup kerana mereka masih dapat membuat keuntungan, tetapi apabila kempen boikot dilancarkan, dengan buat pertama kali dalam sejarah, mereka telah mengambil keputusan untuk meminta bantuan Exco DAP Selangor, untuk menutup tapak bazar yang dimilik oleh orang Melayu pada bulan Ramadhan.

3.Seorang makcik peniaga Melayu telah jatuh pengsan dikawasan DEPAN ECONSAVE, Bazaar Ramadhan Reko Sentral Kajang ekoran kerana melihat banner penguguman oleh MPKJ bahawa dia sebagai pengundi yang memilih pembangkang di Kajang, Selangor telah tidak dibenarkan lagi berniaga di Bazaar Ramadhan Reko Sentral Kajang, Selangor.

4.Exco DAP meminta kepada semua peniaga dan penduduk Kajang, Selangor supaya tidak membuat sebarang demonstrasi bagi penutupan ini kerana, ini adalah hak dalam bidang kuasa mereka.

5.Keputusan ini dibuat atas arahan empat Exco Selangor iaitu:
-DAP:Teng Chang Kim(Sg Pinang)
-DAP:Fan Yong Hian Wah(Sri Kembangan)
-DAP:Hannah Yeoh(Subang Jaya)
-PKR:Elizabeth Wong(Bukit Lanjan)

6.Pengundi Melayu yang mengundi DAP dan PKR dikawasan Sg Pinang, Sri Kembangan, Subang Jaya dan Bukit Lanjan antara pengundi yang menyumbang dalam kes penutupan Bazaar Ramadhan Reko Sentral Kajang, Selangor ini.

7.Penutupan tapak DEPAN ECONSAVE, Bazaar Ramadhan Reko Sentral Kajang ini telah kedengaran bahawa ianya akan kekal ditutup sehingga 5 tahun akan datang. Kes penutupan tapak DEPAN ECONSAVE, Bazaar Ramadhan Reko Sentral Kajang ini sebenarnya adalah rentetan dari isu penutupan peniaga cina di Jonker Walk, Melaka. Dimana Tony Pua adalah titik permulaan yang mencadangkan bahawa Bazar Ramadhan di Selangor harus ditutup ekoran keputusan KM Idris Haron, Melaka.

8.Khalid Ibrahim selaku MB Selangor tidak dapat membantu peniaga dan penduduk melayu di kawasan Kajang, Selangor ekoran kerana jumlah kerusi dun PKR di Selangor adalah paling sedikit sekali antara berbanding dua rakan parti yang lain. Dalam hal ini MB Selangor Khalid Ibrahim terpaksa akur dan berdiam diri dengan penutupan tapak DEPAN ECONSAVE, Bazaar Ramadhan Reko Sental Kajang, kerana sewaktu pemilihan Exco Selangor, DAP lah yang telah memberi muka dan budi bicara kepada PKR untuk memberi peluang kepada Khalid Ibrahim untuk menjadi MB di Selangor.

9.Sudah kedengaran dari pelbagai pihak menggesa PAS untuk berbincang dan menggunakan budi bicara terhadap DAP dalam isu penutupan tapak DEPAN ECONSAVE, Bazar Ramadhan Reko Sentral Kajang ini kerana PAS adalah parti yang mempunyai kerusi DUN di Selangor yang sama banyak jumlahnya dengan kerusi DUN DAP iaitu:
-PAS: 15 kerusi Dun
-DAP: 15 kerusi Dun

10.Dalam masa yang sama Khalid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan rasmi di media bahawa dia selaku Menteri Besar berpendirian bahawa pusat hiburan di Selangor tetap beroperasi seperti biasa. MB Khalid Ibrahim juga telah meluluskan Projek Selangor Ladang Babi Mega terbesar di Asia bernilai RM100 juta dibawah arahan Teressa Kok yang mahu projek ladang ini dibuat dikawasan majoriti orang melayu, Selangor.

11.Di Pulau Pinang, Uptown Bandar Perda tempat perniagaan Melayu Penang telah ditutup juga dan dirampas khemah serta stall yang ada. DAP berkata ini adalah salah satu strategi perubahan negeri Penang. DEPAN ECONSAVE, Bazar Ramadhan Reko Sentral Kajang, Selangor sudah dibuat perubahan iaitu dengan pentupan dan Negeri Kelantan milik PAS diminta bersedia, kerana kedengaran DAP mahu membuat beberapa pindaan dan perubahan dengan penutupan di peniaga kawasan Melayu Kelantan. Tujuaan pindaan dan perubahan yang dilakukan kepada peniaga Melayu di Penang, Selangor dan akan datang Kelantan bertujuan untuk memajukan negeri dengan strategi yang berlainan dari BN.

12.Sekian berita dari Unit BBCD division baring atas jalan 505

LIHAT GAMBARAN INI
Adakah anda sanggup melihat Bumi Melayu jadi sebegini?
-KETUA PENGAKAP FF-
 

No comments:

Post a comment

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!