Beberapa hari yang lepas, saya
berkesempatan duduk semeja dengan rakan-rakan lama di sebuah kedai
mamak. Di antara mereka ini adalah dua pilot atau juruterbang Melayu
dari syarikat Penerbangan Malaysia. Semua orang tahu bahawa gaji
orang yang berkerjaya sebagai pilot terutamanya syarikat komersial
adalah tinggi.
Sembang punya sembang maka tiba topik
politik.
Salah seorang pilot ini turut bercerita
tentang betapa jijiknya dia dengan keadaan politik di negara kita,
tentang betapa kita gagal untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah
negara yang mengamalkan konsep yang adil dan saksama untuk semua
bangsa.
Bagi dia, setiap insan di Malaysia ini
perlu menjalani hidup sebagai rakyat yang tidak berdasarkan warna
kulit. Maksud yang lebih jelas ialah, dia tidak setuju bahawa kaum
Melayu dan bumiputra mendapat kelebihan atau keistimewaan seperti
yang termaktub di dalam perlembagaan negara.
Setiap insan perlu bekerja keras untuk mengecapi nikmat kejayaan hidup atas usaha sendiri atau dibantu secara adil untuk semua. Sistem kuota di universiti, jabatan-jabatan kerajaan dan sebagainya adalah oppressive atau kejam kepada bangsa lain seperti orang Cina, India, Serani dan sebagainya. Dia berjaya menjadi juruterbang adalah atas usaha gigih dirinya sendiri. Kejayaan lebih manis jika atas dasar meritrokasi katanya.
Setiap insan perlu bekerja keras untuk mengecapi nikmat kejayaan hidup atas usaha sendiri atau dibantu secara adil untuk semua. Sistem kuota di universiti, jabatan-jabatan kerajaan dan sebagainya adalah oppressive atau kejam kepada bangsa lain seperti orang Cina, India, Serani dan sebagainya. Dia berjaya menjadi juruterbang adalah atas usaha gigih dirinya sendiri. Kejayaan lebih manis jika atas dasar meritrokasi katanya.
Saya amat yakin bahawa dia memang
bekerja keras untuk sampai ke peringkat kapten pesawat yang besar
seperti Boeng 777 dan sebagainya.
Jadi saya bertanya tahap pendidikan dia
dan jawapannya adalah cuma SPM gred satu melalui sekolah aliran sains di
mana mata pelajaran wajib untuk kerjaya juruterbang mesti lulus
kredit fizik dan bahasa Enggeris.
Saya bertanya lagi adakah beliau
berasal dari keluarga kaya yang dapat menyambung kursus juruterbang
yang memakan belanja besar sehingga dua atau tiga ratus ribu dengan
saraan keluarga?Tidak, keluarga berpendapatan sederhana tetapi dibiayai
sepenuhnya oleh program “flying cadet” oleh Penerbangan Malaysia (MAS).
Berapa orang kah pelajar atau kadet
berbangsa Melayu di dalam batch you?
14 dari 20 orang jawapannya dan
semuanya mengikut program kadet tadi yang dibiayai sepenuhnya oleh
MAS.
Seorang lagi pilot cuma berdiam diri
dan menundukkan kepala seolah-olah tahu ke mana arahnya perbualan
saya.
Cara saya mengolah soalan-soalan ini
dengan cara yang selamba untuk mengelak pilot ini dari mengetahui
niat saya. Bagaimana pulak kelulusan enam lagi kadet yang bukan
Melayu, yang terdiri dari Cina dan India? Ada yang kelulusan STPM,
diploma dan ijazah tetapi yang Melayunya semua berkelulusan SPM
sahaja katanya.
Jadi saya bertanya, tidak terfikirkah kamu kenapa seramai 14 pelajar dari jumlah keseluruhan 20 pelajar itu adalah bangsa Melayu dan dia menggelengkan kepala bahawa dia tidak tahu.
Jadi saya bertanya, tidak terfikirkah kamu kenapa seramai 14 pelajar dari jumlah keseluruhan 20 pelajar itu adalah bangsa Melayu dan dia menggelengkan kepala bahawa dia tidak tahu.
Saya pun membuka kata bahawa dia adalah
salah satu produk atau hasilan dari Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah
lama diamalkan untuk membantu bangsa Melayu dan kaum bumiputra.
Sejumlah majoriti pelajar Melayu di dalam kelas dia menunjukkan
bahawa 60 peratus Melayu diwajibkan untuk menerima biayaan tersebut
telah pun dipraktikkan dan dia memang termasuk di dalam sistem kuota
yang tadi dia katakan loya,jijik dan hendak termuntah atas ketidakadilan
kerajaan.
Sekarang bila gaji sudah mencecah 25
ribu ke atas sebulan, maka jijik yer atas Dasar Ekonomi Baru yang
turut meletakkan dia di kerusi kapten pesawat. Dia lupa dan tidak
sedar bahawa kesenangan dan status hidup dia adalah sedikit sebanyak
dilonjakkan oleh DEB kerajaan Melayu.
Terdiam la dia.
Bukan juruterbang sahaja yang terkena
penyakit tidak sedar bahawa diri mereka adalah produk DEB dan
perlembagaan yang membantu kaum Melayu dan Bumiputra. Ramai lagi
golongan profesional Melayu yang lupa bahawa kejayaan mereka bukan
sekadar atas usaha sendiri tetapi dengan bantuan tanpa sedar oleh
tangan-tangan ajaib kerajaan pimpinan orang Melayu.
Doktor, peguam, pakar IT, ahli
perniagaan dan perbagai lagi golongan profesional merasakan
kebijaksanaan mereka lah yang menjadi satu kebanggaan di dalam
kejayaan mereka. Kerajaan tidak terlibat secara lansung kononnya. Oleh kerana rasa diri sendiri amat bijak dalam mewancanakan hidup, maka tafsiran untuk berterima kasih kepada kerajaan sudah tercampak jauh. Bila tongkat atau kerusi roda tidak diperlukan lagi, campak sahaja ke lombong...tidak perlu diserahkan kepada golongan yang memerlukan. Mereka sudah senang maka DEB tidak kena mengena dengan mereka lagi. Melayu di kampung dan kaum bumiputra di desa adalah bukan masalah mereka. Mereka Melayu urban yang berjaya.
Species jenis lupa diri ini lah yang rata-ratanya di belakang ahli-ahli politik yang mengutuk kerajaan.
--Selendang Merah--
Species jenis lupa diri ini lah yang rata-ratanya di belakang ahli-ahli politik yang mengutuk kerajaan.
--Selendang Merah--
No comments:
Post a Comment
Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.