Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Monday, 8 July 2013

"Hapuskan Akta Hasutan" - Nazri Aziz

1.Nazri Aziz semalam mengeluarkan kenyataan di media bahawa beliau menyokong cadangan DAP iaitu memansuhkan Akta Hasutan sama sekali. Nazri Aziz yang memenangi hasil dari pilihan majoriti kawasan penduduk melayu UMNO di Padang Rengas, Perak selaku Menteri Perlancongan telah memberi kenyataan di media bahawa beliau bersetuju dengan cadangan DAP itu dan berkata:
"Saya komited dan bersetuju dalam meneliti pemansuhan Akta Hasutan tersebut".

2.Dalam pada masa yang sama Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri telah menentang kenyataan Nazri Aziz yang hanya memegang portfolio berkapasiti kuasa dalam bidang Perlancongan berkata:
"Bagi saya kabinet tidak boleh membuat keputusan untuk memansuhkan Akta Hasutan ini. Ini kerana jika Akta ini dimansuhkan, pelbagai pihak akan mempertikaikan hak istimewa orang Melayu, status Raja-raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan status Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, jadi empat teras aspek dalam pelembagaan ini perlu dipertahan dengan adanya Akta Hasutan"

3.Nazri Aziz yang pernah menghina Dr.Mahathir sebagai bapa segala perkauman mengeluarkan kenyataan di media hari ini tentang penyokongan pemansuhan Akta Hasutan iaitu jika pemansuhan Akta Hasutan dilakukan, kita akan membuat satu akta baru bagi menjaga keharmonian dan perpaduan rakyat, dimana Nazri Aziz selaku Menteri Perlancongan ini melihat Akta Hasutan itu sebagai tidak lagi relevan dan perlu dimansuhkan seperti apa yang DAP mahukan.

4.Minggu lepas Nazri Aziz juga mengeluarkan kenyataan di media bahawa beliau juga bersetuju dengan pendapat DAP tentang Undang-Undang bagi penukaran agama untuk Kanak-Kanak bukan Islam dibawah 18 Tahun yang mahu menukar agamanya kepada Agama Islam perlulah dari persetujuan kedua-dua ibu bapa kanak-kanak tersebut, dan bukan hanya dari persetujuan salah seorang ibu bapa sahaja.

5.Baru-baru ini juga beliau antara Menteri dalam kerajaan Persekutuan yang campur tangan dalam isu Jonker Walk dengan dengan menggunakan kapasiti kuasa sebagai Menteri Perlancongan memberi arahan kepada Ketua Menteri Melaka - Idris Haron, bahawa Jonker Walk harus dibuka untuk orang cina berniaga seperti biasa.

6.Tan Sri Muhyiddin Yassin antara orang yang meyanggah dan menyelar pendapat Nazri Aziz bahawa penukaran agama bagi kanak-kanak bukan Islam seharusnya memadai dengan persetujuan salah seorang ibu bapa, dan tidak perlu persetujuan dari kedua-keduanya. Tan Sri Muhyiddin Yassin juga seperti mengalu-alukan sebarang kanak-kanak bukan Islam untuk menukar agamanya dengan memeluk agama Islam.

7.Nazri Aziz selaku Menteri Perlancongan yang baru menang telah melantik orang cina iaitu Ng Yen Yen sebagai Chairman Board of Malaysian Tourism Promotion sebagai portfolio didalam kementrian beliau, menambah ulasan:

"Adalah menjadi tanggungjawab saya untuk melindungi hak kaum minoriti dan memastikan hak mereka dilindungi dan saya percaya apa yang berlaku pada hari ini(jika seorang ibu-bapa sudah memadai) adalah menangguhkan masalah yang lebih besar pada masa hadapan" kata Nazri Aziz yang mahu bertanggjungjawab dan menjaga hak orang cina kerana mereka adalah golongan minoriti.

8.Nazri Aziz yang pernah menghina pekhidmatan Teksi Malaysia sebagai perkhidmatan lebih teruk dari tandas sekali lagi mahu mencuba nasib untuk bertanding didalam Pemilihan Umno hujung tahun ini dalam jawatan Majlis Tertinggi. Sudah kedengaran bibit-bibit bahawa akar umbi dalam Pemilihan Umno tahun ini tidak akan memberi undi dan mahu mencantas Nazri Aziz.

SUMBER:http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=%2F2013%2F7%2F7%2Fmstar_berita%2F20130707170341&sec=mstar_berita

No comments:

Post a comment

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!