Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Tuesday 2 July 2013

"Manual" Ringkas Perniagaan Untuk Kedai Makanan

Rasanya kita perlu "manual" ringkas yang diolah dengan ayat dan perkataan yang mudah untuk digunapakai oleh saudara-saudari kita yang mengusahakan perniagaan kecil-kecilan bagi kedai dan gerai makan.

Setiap dari kita mempunyai sedikit pengetahuan untuk menyediakan mutu perkhidmatan yang lebih baik  tetapi kita perlukan juga kepakaran dari saudara-saudari seIslam yang mempunyai kebolehan untuk turut sama berkongsi pendapat bagaimana bagi mengajar cara-cara mengurus kewangan untuk pihak peniaga kita yang kurang ilmunya dalam menguruskan perniagaan.

Rasanya penulisan saya mengenai sikap buruk peniaga-peniaga kedai makan Melayu mendapat reaksi yang positif, iaitu reaksi yang menunjukkan bahawa orang kita sudah bersedia untuk berubah. Alhamdulillah.

Hulurkan bantuan anda di sini, emailkan kami cadangan anda dan kita akan cuba olahkan cadangan, idea dan segala jenis pendapat untuk dijadikan satu "manual" ringkas yang mana jika ada izin Allah SWT, kita akan mohon kerjasama anda untuk mencetak dan bersama lah kita edarkan pada adik-adik kita yang berniaga burger di tepi jalan, kepada makcik-makcik yang berniaga goreng pisang, jambu batu serta nasi lemak, edarkan pada pakcik-pakcik yang berniaga gerai masakan Siam, nasi campur dan nasi ayam.

Mari kita makmurkan perniagaan orang kita dengan membantu mereka untuk mengurus perniagaan dengan cara yang lebih teratur, disiplin yang tinggi dan perbelanjaan yang berhemah. Hendak mengajar secara lisan mungkin dikatakan kita hendak menunjuk pandai tetapi dengan adanya manual ringkas seperti ini, mungkin sedikit sebanyak ianya dapat merubah sikap orang Melayu kita.

Kita cari jalan bagaimana di sesuatu kawasan perniagaan makanan orang Melayu yang mempunyai sepuluh gerai tetapi kesemua gerai ini menjual makanan masakan Siam, Tomyam dan yang seumpama dengannya. Semuanya sama maka mereka bersaing sesama sendiri. Sebab itu kita tengok kesemua gerai ini masih ditakuk lama walaupun sudah berniaga lebih dari sepuluh tahun.

Kita perlu mengubah suasana ini. Kita perlu usulkan bahawa setiap gerai akan menjual hanya satu jenis masakan. Kalau masakan Siam, biarkan satu gerai sahaja yang menjual masakan seumpamanya. Satu gerai lagi ditugaskan untuk penjualan minuman, satu lagi untuk masakan manis dan hidangan pencuci mulut dan selanjutnya. Perbagai jenis masakan boleh dipilih:- ayam penyet, segala jenis sup, nasi lemak dan senarainya amat banyak tetapi malangnya hari ini, peniaga-peniaga makanan harian kita lebih suka membuat perniagaan yang sama di kawasan perniagaan "food court".

Maka di sini baru akan berlaku pengkhususan. Gerai yang terpilih menjual minuman perlu sempurnakan resepi minumannya tetapi jika tuan ampunya gerai minuman mempunyai satu resepi tomyam yang diakui bahawa memang sedap. Maka berkongsilah dengan makcik yang mendapat hak untuk menjual Tomyam dan jika makcik Tomyam mempunyai resepi Air Batu Campur yang paling enak, maka bertukar-tukar resepi semoga sama-sama maju.

Kita kena ubah persepsi atau anggapan bahawa orang Melayu kita suka berdengki bila berniaga. Mulakan dengan berkongsi ilmu. Ianya percuma, tiada modal diperlukan.

Di atas cuma sebahagian dari "manual" yang saya cadangkan untuk digunakan sebagai contoh. Jika saudara-saudari mempunyai pendapat yang bernas, marilah kita berkongsi untuk menaikkan lagi taraf perniagaan orang Melayu kita.

--Selendang Merah--

No comments:

Post a Comment

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!