Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Sunday, 7 July 2013

Tesco Milik Sime Darby Disabotaj!


 
Sekali lagi, siri cubaan pihak yang tidak bertanggungjawab untuk menjatuhkan pasaraya milik bumiputera telah berjaya dibongkar. Terbaru, pihak kami telah berjaya mengesan adanya katalog menggunakan nama pasaraya besar Tesco dengan iklan bulan Ramadhan dengan tema 'Bulan Mulia Tawaran Berganda' dengan terteranya iklan menjual arak jenama Guiness dengan harga murah.

Mulanya kami menerima aduan daripada salah seorang penyokong BBCD dan pihak kami bergegas menyiasat perkara tersebut. Akhirnya pihak kami mendapati ia adalah palsu belaka! Selepas disiasat dari laman web Tesco Malaysia sendiri, katalog iklan berkenaan langsung tidak memaparkan iklan arak, tetapi sebaliknya produk ubat gigi. Perkara ini tidak pernah berlaku dalam sejarah promosi Tesco Malaysia yang memaparkan arak sebagai bahan dalam medium pengiklanan mereka.

Laman Web Rasmi Tesco:
http://www.tesco.com.my/html/promotions.aspx?CatID=33


Facebook Tesco:
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=542152175822694&set=a.193199840717931.41194.191466347557947&type=1&theater

Antara beberapa sumber laman web terawal yang mula menyebarkan berita fitnah ini adalah seperti berikut:

Blog Wargamarhaen:
http://wargamarhaen.blogspot.com/2013/07/tesco-biadap-iklan-arak-sempena-ramadhan.html


 
Blog Kerabubersuara:
http://kerabubersuara.blogspot.com/2013/07/terkini-tesco-biadap-iklan-arak-sempena.html



Laman Web Negarakita:
http://www.negarakita.com/Post-805520-Terkini!+Tesco+Biadap!+Iklan+Arak+Sempena+Ramadhan


Tesco mula mengeluarkan iklan tersebut pada 4 Julai 2013, hari Khamis, melalui 'Tawaran 1 Minggu' yang diwarwarkan oleh pihak Tesco bermula dari 4-10 Julai 2013. Iklan fitnah terhadap Tesco ini mula dikesan di media internet betul-betul sehari selepas iklan asal itu dikeluarkan, iaitu pada 5 Julai 2013, hari Jumaat, seperti yang tertera pada blog wargamarhaen dan blog kerabubersuara.

Seperti yang kita sedia maklum, Tesco di “MALAYSIA” adalah milik Sime Darby. Tidak pernah terjadi dalam sejarah syarikat Tesco Malaysia sebelum ini, bahawa Tesco mempromosikan arak sebagai barangan promosi Ramadhan di katalog mereka. Kami tidak menyangkal kemungkinan besar adanya usaha sabotaj oleh pihak-pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan trend kesedaran orang melayu Islam pada hari ini yang lebih cenderung untuk membeli belah di pasaraya-pasaraya kepunyaan orang melayu Islam bumiputera, selain sudah ada kesedaran yang tinggi untuk membeli produk-produk yang dikeluarkan oleh syarikat orang Islam bumiputera.

Kami barisan para admin BBCD berpendapat bahawa kegiatan sabotaj ini adalah antara tindakbalas daripada usaha kempen yang giat dijalankan oleh BBCD selama ini. Barisan admin BBCD tidak akan sekali-kali berganjak dari matlamat asal perjuangan kami, iaitu untuk terus meningkatkan taraf ekonomi peniaga Islam dan perusahaan-perusahaan orang Islam dengan cara mempromosikan barangan-barangan keluaran orang Islam sebagai alternatif kepada lambakan monopoli barang-barang dan perusahaan keluaran bukan Islam di pasaran, selain mengekang dan menyekat kuasa monopoli peniaga cina dalam pasaran, yang selama ini hanya membebankan pengguna-pengguna Melayu Islam.

No comments:

Post a comment

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!