Berikut adalah pengalaman salah seorang pengunjung BBCDrasmi menceritakan mengenai betapa perlunya kita menjaga tatasusila serta budipekerti lebih lebih lagi apabila bergelar Datuk Seri/Tan Sri atau sebagainya.
Diharap kejadian in dapat dijadikan iktibar supaya kita semua saling hormat menghormati.Jangan disebabkan gelaran,kita menganggap diri kita sebagai tuhan dan memandang rendah orang lain.Saya adalah ahli UMNO dan penyokong BN.
Cerita ini melalui pengalaman sendiri menyaksikan keburukan perangai manusia bila berada di khalayak umum.
Baru-baru ini saya berada di dalam penerbangan MAS iaitu di bahagian kelas perniagaan turut menyaksikan keangkuhan pemimpin BN. Sesiapa yang selalu menggunakan kelas perniagaan penerbangan Malaysia akan memahami rentak perkhidmatan di bahagian ini. Bila kita menjejak kaki ke pesawat, surat khabar sudah tersedia di poket tempat duduk di hadapan dan disajikan minuman alu-aluan iaitu pilihan jus buah-buahan atau sebarang minuman sejuk seperti pepsi, 7'up dan sebagainya tetapi anak-anak kapal tidak dibenarkan menyediakan sebarang minuman panas atau arak ketika pesawat masih berada di atas landasan. Penumpang kemudiannya dihulurkan tuala sejuk atau panas yang bergantung kepada keadaan cuaca di luar.
Dalam penerbangan saya baru-baru ini, wajar saya sebutkan nama pemimpin iaitu Dato Seri SV yang membuat perangai. Bila pramugari menawarkan pilihan jus buah-buahan, Dato Seri ini meminta supaya beliau disajikan dengan teh “Earl Grey” panas. Pramugari tadi memohon maaf kerana beliau tidak dibenarkan menyediakan sebarang minuman panas ketika pesawat masih lagi di tempat memakir atau di landasan.
Dari raut wajah Dato Seri, beliau dengan agak kecewa mengatakan yang beliau mahukan minuman tersebut selepas pesawat berlepas.
Selepas pesawat berlepas, kita boleh melihat dari jauh yang anak-anak kapal sedang sibuk menyediakan segala jenis perkhidmatan untuk penumpang. Salah seorang pramugari sedang mengambil pesanan minuman dari semua penumpang di bahagian perniagaan. Saya boleh mendengar penumpang-penumpang memesan teh tarik, kopi, milo dan sebagainya.
Saya cuma memesan segelas air kosong dan penumpang sebelah pun turut memesan minuman yang sama. Melalui pengalaman saya mengambil penerbangan Malaysia, segala minuman sejuk akan dihantar kepada penumpang terlebih dahulu. Mungkin kerana minuman sejuk lebih mudah dan cepat untuk disediakan. Minuman panas akan menyusul kemudian.
Selepas hampir 10 minit pesawat berada di ruang udara, tanda pasangkan tali keledar dinyalakan semula dan kedengaran pengumuman biasa yang kita dengar bila keadaan cuaca menjadi kurang baik dilakukan oleh pramugari.
Kemudian saya lihat pramugari memasuki semula kabin kami dan memohon maaf kepada semua penumpang (seorang demi seorang) yang memesan minuman panas agar mereka menukar pilihan minuman kepada minuman sejuk kerana undang-undang tidak membenarkan mereka untuk menyediakan sebarang minuman panas apabila tanda isyarat pasangkan tali keledar dinyalakan oleh capten pesawat.
Dengan jelas saya mendengar betapa ikhlasnya pramugari tersebut memohon maaf dan semua penumpang memahami situasi tersebut namun ada seorang manusia bernama SV yang seolah-olah baru pertama kali mengambil penerbangan di kelas perniagaan. Beliau memalukan diri sendiri kerana memarahi pramugari tersebut walaupun beliau telah dimaklumkan dengan jelas kenapa minuman “Earl Grey”nya tidak dapat dihidangkan diwaktu itu. Pramugari tersebut turut berjanji yang minuman tersebut akan disajikan apabila tanda insyarat pasangkan tali keledar dipadamkan dan cuaca kembali tenang namun, bekas menteri kerjaraya ini seolah-olah merasakan beliau adalah Sultan atau pemilik syarikat penerbangan Malaysia ini. Beliau terus-terusan menunjukkan sikap angkuh hendakkan “Earl Grey” beliau seolah-olah jika tidak minum Teh panas tersebut dengan kadar segera, beliau akan terkulai layu dan terus mati.
Perkara ini mungkin kecil untuk dijadikan isu politik tetapi ini lah kelakuan segelintir pemimpin-pemimpin BN yang angkuh membuli mereka yang tidak bersalah. Pemimpin seperti inilah yang merosakkan imej Barisan Nasional.
Mereka lupa bahawa setiap gerak laku mereka diperhatikan rakyat dan kemudiannya menjadi buah mulut samada di kedai-kedai kopi atau di ruang maya seperti ini.
Banyak lagi kedangkalan perangai pemimpin-pemimpin kita yang masih belum dihidu rakyat namun saya sebagai penyokong BN merasa amat terpanggil untuk menulis article inie bagi mengingatkan ahli politik kita bahawa, beradanya mereka di dewan parlimen atau rakyat atau pun dewan undangan negeri adalah kerana dipilih oleh rakyat, maka beradab lah dengan semua golongan.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pengalaman yang ingin dikongsikan anda boleh inbox admin kami di FB kami.
No comments:
Post a Comment
Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.