Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Wednesday, 12 June 2013

Kilang gula Felda didakwa dikuasai kaum tertentu!

 
PULAU PINANG 9 Jun - UMNO Pulau Pinang meminta pihak pengurusan Felda menyiasat dakwaan pentadbiran kilang gula milik agensi itu di Perai dekat sini, dimonopoli kaum tertentu.
Timbalan Pengerusi UMNO negeri, Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata, sebagai sebuah kilang milik Felda pengurusan kilang itu sepatutnya dikuasai bumiputera.
"Sejak Felda mengambil alih kilang gula ini, berapa ramai bumiputera yang menjadi pentadbir tertinggi di kilang ini?
"Berapa banyak syarikat bumiputera pula yang berurus niaga di kilang ini?," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Kilang gula Felda di Perai itu dimiliki anak syarikat Felda Global Ventures Holdings Bhd. (FGV) iaitu MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM Holdings).
Musa berkata, beliau mendapat maklumat kilang gula itu didakwa tidak memberi peluang kepada bumiputera berada dalam pentadbiran tertinggi sebaliknya dimonopoli kaum tertentu.
"Kita sebelum ini mendakwa kilang milik Cina enggan mengambil bumiputera bekerja tetapi perkara itu juga nampaknya berlaku di kilang milik Felda," katanya.

No comments:

Post a Comment

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!