Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Saturday 3 August 2013

ISU KALIGRAFI SHAHADAH - Courts Mohon Maaf,Apa Kata Anda?

Petikan UTUSAN
KUALA LUMPUR 30 Julai - Courts Malaysia memohon maaf kepada semua pihak terutamanya umat Islam di negara ini ekoran pengedaran risalah promosi terkini Hari Raya Courts yang mengandungi kaligrafi kalimah syahadah dicetak secara terbalik.Ketua Pegawai Eksekutif Courts Malaysia, Allard Sjollema berkata, pihaknya berterima kasih atas maklum balas dan teguran daripada pelbagai pihak yang membantu membawa perhatian syarikat atas penggunaan kaligrafi yang berlaku secara tidak sengaja di dalam risalah tersebut.
 
"Berlandaskan maklum balas dan teguran tersebut, Courts Malaysia setulus-tulusnya memohon maaf kepada semua pihak," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Difahamkan Courts telah mengambil tindakan drastik menghentikan pengedaran risalah iklan mengandungi kaligrafi kalimah syahadah dicetak secara terbalik sejak beberapa hari lalu.
 
Tambah beliau, pihaknya langsung tidak berniat untuk menyalahguna atau menyinggung mana-mana pihak berhubung perkara tersebut.

Dalam pada itu, Sahabat Gunung Melaporkan:

Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) tegas menolak permohonan maaf daripada Courts Malaysia ekoran pengedaran risalah promosi terkini Hari Raya Courts yang mengandungi kaligrafi kalimah syahadah yang dicetak secara terbalik.

Setiausahanya, Syed Anuar Syed Mohamed berkata, GAGASAN berpendapat ia terjadi bukan secara tidak disengajakan berdasarkan cara penulisan yang tiada kesilapan, dan dapat dibaca dengan jelas melalui paparan cermin seolah-olah merupakan perancangan yang cukup terancang untuk menghina umat Islam.

"Sehubungan dengan itu, GAGASAN memberi tempoh tiga hari kepada pihak pengurusan Courts Malaysia untuk membuat siasatan dalaman dan mengambil tindakan terhadap mereka yang bertanggung jawab.

Jika tidak pihak GAGASAN akan bersama-sama seluruh NGO’s Islam dan Melayu akan mendesak kerajaan mengambil tindakan melalui Akta Penerbitan dan Mesin Cetak bersama Akta Hasutan termasuk mengadakan kempen memboikot barangan Courts," ujarnya dalam satu kenyataan.

APA KATA ANDA?

No comments:

Post a Comment

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!