Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Tuesday 9 July 2013

Bazaar Ramadhan Kajang Disahkan TUTUP!

1.Penduduk dan peniaga di kawasan majoriti melayu, Kajang, Selangor yang telah mengundi pembangkang telah tidak dibenarkan meniaga diBazar Ramadhan Reko Sentral Kajang,Selangor ditutup dan tidak dibenarkan meniaga disitu. Slogan yang orang melayu Selangor selalu laungkan iaitu:
"Ini kalilah!"
"kita Tukar!"
"kita Ubah!"
telah bertukar sebaliknya diluar jangkaan mereka. Penduduk Selangor yang sering memberitahu kepada umum bahawa "kita harus bagi peluang kepada pembangkang memerintah selama 5 tahun dahulu. nanti jika tidak suka, kita ubah kembali, 5 tahun tidak lama pun" itulah kata-kata orang Melayu Selangor sewaktu kempen PRU13 yang lepas.

2.Seorang makcik peniaga Melayu telah jatuh pengsan dikawasan Reko Sentral Kajang ekoran kerana melihat banner penguguman oleh MPKJ bahawa dia sebagai pengundi yang memilih pembangkang di Kajang, Selangor telah tidak dibenarkan lagi berniaga di Kajang, Selangor.

3.Exco DAP meminta kepada semua peniaga dan penduduk Kajang, Selangor supaya tidak membuat sebarang demonstrasi bagi penutupan ini kerana, ini adalah hak dalam bidang kuasa mereka.

4.Keputusan ini dibuat atas arahan empat Exco Selangor iaitu:
-DAP:Teng Chang Kim(Sg Pinang)
-DAP:Fan Yong Hian Wah(Sri Kembangan)
-DAP:Hannah Yeoh(Subang Jaya)
-PKR:Elizabeth Wong(Bukit Lanjan)

5.Pengundi Melayu yang mengundi DAP dan PKR dikawasan Sg Pinang, Sri Kembangan, Subang Jaya dan Bukit Lanjan antara pengundi yang menyumbang dalam kes penutupan bazar Ramadhan Kajang, Selangor ini.

6.Penutupan bazar Ramadhan Kajang ini telah kedengaran bahawa ianya akan kekal ditutup sehingga 5 tahun akan datang. Kes penutupan bazar Ramadhan Kajang ini sebenarnya adalah rentetan dari isu penutupan peniaga cina di Jonker Walk, Melaka. Dimana Tony Pua adalah titik permulaan yang mencadangkan bahawa Bazar Ramadhan di Selangor harus ditutup ekoran keputusan KM Idris Haron, Melaka.

7.Khalid Ibrahim selaku MB Selangor tidak dapat membantu peniaga dan penduduk melayu di kawasan Kajang, Selangor ekoran kerana jumlah kerusi dun PKR di Selangor adalah paling sedikit sekali antara berbanding dua rakan parti yang lain. Dalam hal ini MB Selangor Khalid Ibrahim terpaksa akur dan berdiam diri dengan penutupan bazar ramadhan Kajang, kerana sewaktu pemilihan Exco Selangor, DAP lah yang telah memberi muka dan budi bicara kepada PKR untuk memberi peluang kepada Khalid Ibrahim untuk menjadi MB di Selangor.

8.Sudah kedengaran dari pelbagai pihak menggesa PAS untuk berbincang dan menggunakan budi bicara terhadap DAP dalam isu penutupan Bazar Ramadhan Kajang ini kerana PAS adalah parti yang mempunyai kerusi DUN di Selangor yang sama banyak jumlahnya dengan kerusi DUN DAP iaitu:
-PAS: 15 kerusi Dun
-DAP: 15 kerusi Dun

9.Dalam masa yang sama Khalid Ibrahim telah mengeluarkan kenyataan rasmi di media bahawa dia selaku Menteri Besar berpendirian bahawa pusat hiburan di Selangor tetap beroperasi seperti biasa. MB Khalid Ibrahim juga telah meluluskan Projek Selangor Ladang Babi Mega terbesar di Asia bernilai RM100 juta dibawah arahan Teressa Kok yang mahu projek ladang ini dibuat dikawasan majoriti orang melayu, Selangor.

10.Di Pulau Pinang, Uptown Bandar Perda tempat perniagaan Melayu Penang telah ditutup juga dan dirampas khemah serta stall yang ada. DAP berkata ini adalah salah satu strategi perubahan negeri Penang. Bazar Ramadhan Kajang, Selangor sudah dibuat perubahan iaitu dengan pentupan dan Negeri Kelantan milik PAS diminta bersedia, kerana kedengaran DAP mahu membuat beberapa pindaan dan perubahan dengan penutupan di peniaga kawasan Melayu Kelantan. Tujuaan pindaan dan perubahan yang dilakukan kepada peniaga Melayu di Penang, Selangor dan akan datang Kelantan bertujuan untuk memajukan negeri dengan strategi yang berlainan dari BN.

12 comments:

  1. Shahir Scootie10 July 2013 at 05:25

    Apa kejadah sampai 4 exco bagi arahan tutup Bazar Ramadhan ni? Bazar ni setahun sekali je. 28 hari drpd 365 hari setaun. Dulu BN perintah tak ada masalah apa2 pun.

    Inilah org tua2 selalu kata 'Sekali air bah, sekali pantai berubah', sekali org Selangor ubah habis semua sekali DAPiggy ubahkan. Jgn main2 tu kata mereka apa "Ini adalah hak kuasa kami sbg exco".

    Nasib Melayu dinegeri Selangorku, masih adakah lagi untuk anak dan cucuku? PASberg selalu kata nak ganti Umno. cubalah try yang ni. Ada bran? -PL-

    ReplyDelete
  2. Nak buat macam mana, sekali undi dah diorang menyesal.

    ReplyDelete
  3. ehhhh xpaaa janji dpt air free kan hehehehe

    ReplyDelete
  4. bagus juga tutup. x perlu ke bazar ....

    ReplyDelete
  5. panasssss hati aku. padan muka korang pentaksub pbangkang. tahniah!!

    ReplyDelete
  6. slogan makan diri

    ReplyDelete
  7. Penduduk Tetap Bangi11 July 2013 at 10:11

    apesal petang semalam ada je bazar ramadhan reko sentral?
    uptown/bazar lewat malam pun elok jer ada?

    yg banner tu cuma tutup KARNIVAL ramadhan. Sebab apa tutup, pegi sendiri ke reko sentral tanya pada peniaga2 MELAYU di lot2 kedai di sana yer.

    FITNAH itu seronok, sebab letak apa saja berita yg kita suka hanya berdasarkan satu gambar, tanpa bukti kukuh, cakap je apa2pun, tp fitnah ni sedap kat dunia jer, kat akhirat nanti lu pikir sendiri beb.

    utk makluman, bazar ramadhan reko sentral beroperasi spt biasa di tapak uptown.

    yg tutup hanya karnival ramadhan yg MPKj tak lulus permohonan utk dibuka di JALAN RAYA & LOT PARKING di hadapan econsave kerana pihak peniaga di lot rumah2 kedai di situ buat bantahan kerana sifat karnival ramadhan ni khemahnya kekal 24jam selama sebulan. So khemah kekal = jalan tutup = tertutup jugak pemandangan kedai2 yg terlibat di kawasan karnival. Pihak peniaga lot kedai/MPKj beri pilihan lain utk tapak karnival di kawasan belakang petronas reko sentral, sbb disitu kurang ganggu lalulintas, jalan mati. Tapi penganjur karnival takmau n berkeras, maka MPKj tak luluskan karnival ramadhan tahun ini, 2-3tahun lepas karnival ni diluluskan di buat di tapak depan econsave. Tapi kawasan reko sentral ni membangun pesat, dh banyak kedai+pejabat2 yg disewa di kawasan itu, maka kalau karnival terus dibuat ianya akan menutup jalan sekaligus menyusahkan peniaga2 lot kedai & penyewa2 pejabat disitu.

    jgn lupa dapatkan juga statistik perkembangan peniaga2 kecil melayu yg berniaga gerai2 tepi jalan di sekitar bangi/kajang. agak2 sebelum 2008 & selepas, yg mana lebih berkembang dan tiada banyak kes sita2.

    jika nak tahu kisah benar, jemput datang ke Bangi, atau bertemu sendiri dengan persatuan penduduk bangi, persatuan peniaga pasar malam/gerai bangi, dapatkan penjelasan dari lokasi sebenar.

    ReplyDelete
  8. Ni dia bazar ramadhan reko sentral yg dikatakan ditutup atas arahan exco kerajaan negeri. Eh ada rupanya.. Yg tak dibenarkan cuma kat depan econsave sahaja. Kat sini dh bertahun beroperasi.. So kalau tak tau menda atau bukan org sini takyah la nak buat spekulasi..

    https://www.facebook.com/photo.php?v=10151573548648752&set=vb.598933751&type=2&theater

    ReplyDelete
  9. terima kasih dengan penjelasan ini.. semalam aku sendiri pergi tengok dan shoot video bazar ramadhan reko sentral tu..

    https://www.facebook.com/photo.php?v=10151573548648752

    ReplyDelete
  10. apa cerita.... ???? MPKj spatutnya bagi je permit utk diorang buat karnival tu... yang penting jaga lalulintas & keselamatan pengunjung... korang boleh tengok.. dalam awal tahun 2013 hari tu pun.. pasaraya econsave ada gak buat karnival.... kat depan pasaraya diorang (lot parkir ).. siap dengan khemah kekal...24jam.... takde jadi masalah pun... ada arr dalam 10 hingga 15 biji khemah diorang pacak... boleh plak... Jangan arr pilih kasih beb... Yang nak meniaga nie pun rata rata bangsa kita gak.... jangan arr sekat periuk nasi diorang.... susah cari makan beb....
    Korang dah pegi sana tanya... pegi arr tanya.... aku dah pegi tanya.. ada kedai melayu di lot kedai sebelah econsave... ( kedai serbaneka & bundle).. diorang pun komplen... apsal ada lori MPKj hari hari parking 24jam kat depan Econsave... tutup jalan.... Pelanggan nak datang kedai pun susah... tempat lengang....

    ReplyDelete
  11. aku tanya lagi, ada kedai melayu jual bunga (lot corner)... depan econsave.... pun sama gak jawapannya....
    tempat jadi lengang... pengunjung ramai tak de datang.... tanya dan tanya lagi.... last skali aku tanya arr pada diri sendiri... apa susahnya bangsa aku nak meniaga kat bumi sendiri....?

    ReplyDelete
  12. Penduduk Tetap Bangi15 July 2013 at 12:32

    setelah seminggu isu ini dimainkan, ini pula luahan dari pihak peniaga sendiri.

    ada sedikit maklumat tentang sewa yg dikenakan & masalah2 semasa.

    saja saya letak share sini supaya orang yg ada nun jauh diluar Bangi/Kajang tidak memekik melolong dgn sloga anti DAP/cina, dgn alasan Melayu semata-mata, sbb apa yg banyak terjadi sekarang ni bukan bang lain tekan Melayu, tapi Melayu itu sendiri yg menekan bangsa sendiri. (perhhh statement ni mcm ramai akan marah je nanti... takpelah marah, marah biar marah yg membawa kesedaran, bukan marah kerana menegakkan benang yg basah, hujung akhirannya, bukan kita yg rugi, tapi generasi anak cucu kita juga nanti... sementara kita sibuk berparang, bangsa lain sibuk ambil kesempatan dan peluang)

    [QUOTE]RUNGUTAN KOMUNITI - olej Jiwa Melayu

    KAMI PENIAGA2 UPTOWN REKO SENTRAL BERSETUJU DGN TINDAKAN MPKJ MENOLAK KARNIVAL RAMADAN REKO SENTRAL:

    Karnival ramadhan tu bkn menguntungkan peniaga melayu tp untungkan penganjur shj...

    sy peniaga kat uptown reko rata2 peniaga tak suka cara penganjur....

    buat karnival besar tu abis kami peniaga kecik leleh air liur jek tgk org lbh ramai g karnival dpn econsave tu drp tmpat kami....

    walhal kami setiap bulan bayar sewa dan bila bln puasa time ni la nak cari untung lebih sikit tp ape y kami dpt????

    setiapkali bln puasa pengajur tamak bukak kemah besar berpuluh2 tapak abis ape jd pd kami y kemah kecil ni!!! ada korg pikir masalah peniaga!!

    alah kalo peniaga mengadu kat pejabat korg ape dpt? ade korg buat perubahan?

    tahun ni sewa korg naikkan kpd rm600 drp rm500 sebelum ni alasan yg kami dpt pengurusan lebih nak bayar gaji RELA jaga parking dgn bayaran RM30RIBU tp dah puasa ke berapa ni btg hidung sorg RELA pun kami tak nampak!!! logik ke nak bayar RELA SAMPAI HARGA MCM TU!!!

    yerlah korg ghairah nak pertahankan karnival tu sebab utk makluman semua sewa y mereka letakkan utk karnival reko ti utk saiz 20x20 kemah bwh pencawang harGAnya RM10RIBU... saiz 20x20 kemah dpn econsave RM15RIBU... saiz 30x20 dpn econsave RM20RIBU... KEMAH SAIZ 20X20 DEPAN ALJABR RM13RIBU....

    MAKLUMAT NI SEMUA KORG YG BGTAU MASA TAKLIMAT....

    nk tolong org melayu ke kalau mcm ni punya harga!!!!! tak payah la kauorg nak sibuk2kn tapak karnival tu baik korg tingkatkan mutu operasi korg...

    SEWA NAIK TP KEMAH 8X8 TETAP DIBUKA LAMBAT MALAHAN LEBIH LAMBAT DR HARI BIASA... ape sbb nyer?

    sbb penganjur tamak siang hrinya dibuat bazar makanan... patutnya sewa naik servis lg ok tp lg hampeh...

    peniaga2 reko ni dah faham sgt perangai penganjur reko ni...org luar xtau ape peniaga trpaksa hadapi dgn sikap ketamakkan penganjur yg dah masuk tahun ke 4 ni!!!!.[/QUOTE]

    ReplyDelete

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!