Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Friday 7 June 2013

RESPON KEPADA GERAKAN.....

Respon kepada artikel FMT
Gerakan mencadangkan supaya BN dijadikan satu parti tunggal untuk semua rakyat Malaysia. Ini beerti semua parti komponen yang bernaung di bawah panji BN perlu dibubarkan dan memilih satu nama baru atau kekalkan nama sebagai Barisan Nasional yang mana pucuk pimpinannya akan dipilih berdasarkan undian majoriti oleh setiap ahli-ahli baru parti tunggal ini.

Maka terkuburlah UMNO jika ini benar-benar berlaku.

DAP sememangnya menjadi hero terhebat di dalam PRU13 di mana kita menyaksikan tsunami Cina yang telah menarik ramai orang Cina untuk mengundi mereka. Perubahan ini menyebabkan MCA dan Gerakan terkapai-kapai kelemasan. Mujur lah ada UMNO yang menghulurkan tangan untuk menyelamatkan mereka dari terus tenggelam ke dasar laut.

Bila mereka telah diselamatkan, berada di atas kapal BN yang dinakhodai oleh UMNO maka muncul suara cadangan semoga hak milik majoriti UMNO perlu dilonggarkan dengan mencadangkan supaya BN perlu mengikut arus semasa di mana parti berasaskan kaum sudah tidak relevan.

Persoalannya, betul ke yang sebenarnya MCA dan Gerakan di dalam keadaan kelemasan bila UMNO menyelamatkannya?
Adakah Gerakan dan MCA cuma dijadikan buah catur oleh pihak DAP?
Mungkin juga MCA dan Gerakan sebenarnya “Trojan Horse” di dalam BN?
Adakah UMNO telah menyelamatkan orang yang kelemasan atau melepaskan anjing tersepit?

Tidak terfikirkah kita bahawa dengan membawa Psy ke Penang dengan bayaran jutaan ringgit merupakan idea MCA untuk menunjukkan sikap boros kerajaan pusat?

Di ambang PRU13, di dalam beberapa minggu sebelum parlimen dibubarkan UMNO menggunakan isu kalimah Allah dan hudud untuk menekan PAS bagi mendapat kata tuju parti tersebut dalam mempertahankan Islam namun serangan itu seolah-olah dipatahkan oleh MCA dengan mengeluarkan hebahan kononnya partinya juga menentang perlaksanaan hukum hudud.

Tindakan ini seolah-olah memberi ingatan kepada orang Melayu Islam bahawa MCA juga menghalang perlaksanaan hukum hudud. Maka, orang Melayu kembali berteka-teki dan keliru samada PAS yang  bersahabat dengan DAP berdasarkan ikatan yang salah atau UMNO juga tidur sebantal dengan kaum yang menentang Islam. Sudah pasti lah golongan di atas pagar akan beranggapan bahawa PAS adalah lebih islamik dari UMNO bila perbandingan begini dibuat setelah MCA menggantung soalan yang sama di saat-saat akhir kempen pilihanraya.

Jika diteliti dengan mata hati, kita dapat melihat bahawa UMNO sebenarnya telah ditikam secara halus dengan jarum-jarum berbisa dari MCA dan Gerakan.

Peristiwa 13 Mei 1969 bukan sahaja melibatkan DAP tetapi rata-rata antara kita sudah lupa bahawa Gerakan juga terlibat secara lansung di dalam peristiwa berdarah itu. Siapa yang salah dan siapa yang benar, biarlah pakar sejarah membuktikannya tetapi jangan dilupakan bahawa Gerakan pernah menjadi musuh UMNO dan wajarlah kita ingat bahawa harimau bintang tidak hilang tompoknya di dalam apa jua keadaannya.

Dan sekarang, Gerakan muncul dengan cadangan yang akan melenyapkan parti keramat orang Melayu dan kita perlu percaya seratus-peratus kepada mereka?

Teori konspirasi mungkin dilabelkan pada penulisan ini tetapi tidak terfikir kah kita bahawa Gerakan dan MCA juga merupakan parti orang Cina dan mempunyai DNA yang sama dalam mensasarkan matlamat. Jatuhnya Pulau Pinang kepada DAP perlu dikaji dengan mendalam. Mungkinkah jatuhnya Pulau Pinang disebabkan kelemahan BN atau dilakukan dengan bantuan orang dalam?

Sekarang, ramai orang Melayu dan sesetengah pemimpin Melayu menyambut dingin cadangan untuk menubuhkan parti tunggal tetapi malangnya Perdana Menteri menubuhkan jawatankuasa khas untuk mengkaji cadangan tersebut.

Seharusnya Perdana Menteri dan pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO mendalami maksud sebenar kenapa Lim Guan Eng secara tiba-tiba mengutuk cadangan supaya kajian dibuat dan menganggap ianya sebagai satu pengkhianatan kepada konsep 1Malaysia yang dilancarkan oleh Dato Seri Najib jika UMNO masih berdegil untuk mengekalkan BN yang sedia ada. Lim Guan Eng seolah-olah mahukan Dato Seri Najib terus bersetuju dengan cadangan Gerakan tersebut. Kenapa beriya-iya benar Lim Guan Eng aka DAP mahu menyaksikan penubuhan parti tunggal ini?

Masih lagi kah kita yakin dan percaya bahawa MCA dan Gerakan sebenarnya adalah rakan tulen kepada UMNO?

Adakah kita terlalu berteori konspirasi dalam kes ini atau...betul kah kita salah sebenarnya salah?

Mungkin kita tidak mengenang jasa MCA dan Gerakan?
Allahu alam...


- SM

2 comments:

  1. awas CINA tanpa mengira politik sedang melancarkan perang saraf ke atas UMNO untuk merampas kuasa !!!!

    ReplyDelete
  2. dulu lain sekarang lain...dulu ok sekarang ko.
    UMNO tetap boss dgn BN hanya komponen.....jika vendor x memuaskan tukar vendor baru.
    Vendor mesti comply pada standard UMNO !
    Not to worry too much about MCA Grkn MIC
    Whatever Whichever Wherever UMNO have its strength .There is always a silver lining in every cloud ! Jika kita cinta sepenuh hati nescaya harta akan turuti..
    Just transform and always do it right the 1st time and everytime.Practice maka perfect.Don't ever LLB ! Look Like Busy but veey lazy.
    Allahumma naauzubika minal hammi wal hazan ....waauzubika minal ajzi wa kasal...waazuzubika minal jubni wa bukhli...waauzubika minan gjolabatid daini wa qohrir rijal.......
    Wa laa qaufun alaihim wa lahum yah zanun. 2:277

    www.qurancomplex.org

    www.discoverislam.com

    pak shaik.

    ReplyDelete

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!