Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Tuesday 25 June 2013

JONKER WALK Melaka DI Tutup!....Tahniah Sekali Lagi Pada BN Melaka!

 
SHAH ALAM: Tindakan kerajaan negeri Melaka menutup pasar malam hujung minggu yang dikenali sebagai Jonker Walk adalah tindak balas politik terhadap pengundi Cina yang menyokong pembangkang pada pilihan raya umum 5 Mei lalu, kata DAP.
 
Dalam kenyataan akhbarnya, ADUN Kesidang Chin Choong Seong mempersoalkan keputusan yang dibuat oleh Ketua Menteri Melaka Datuk Idris Haron setelah MCA mencatatkan keputusan paling buruk pada PRU-13 itu.
 
"Jelas ini tindak balas paling tidak demokratik oleh BN terhadap masyarakat Cina dengan cubaan menakut-nakutkan mereka. Tindakan memalukan ini tidak akan mencapai objektifnya.
 
"Sebaliknya, ia akan terus mengasing mereka dengan masyarakat," katanya.
 
Akhbar berbahasa Cina Kwong Wah Daily, melaporkan, semlam, Idris berkata keputusan yang dibuat oleh majlis mesyuarat exco Melaka pada 12 Jun lalu untuk menutup Jonker Walk adalah sebagai menghormati kehendak rakyat.
 
Idris mengingatkan bahawa DAP yang membuat bantahan terhadap keputusan kerajaan negeri yang melarang kenderaan memasuki jalan di Jonker Walk bagi menjadikan kawasan itu tempat membeli belah.
 
Ketika itu, katanya DAP membidas kerajaan negeri kerana mengorbankan kepentingan pengguna jalan raya demi menjaga nasib 200 penjaja dan peniaga kecil, 13 tahun lalu.
 
"Sekarang, kita dapati kebanyakan penduduk Melaka menyokong calon DAP berbanding MCA, yang bertungkus lumus berkhidmat kepada mereka. Justeru, kita memutuskan untuk menamatkan pasar malam itu dan berharap mereka akan berpuas hati," kata akhbar itu yang memetik Idris.
 
Beliau juga dilaporkan mengakui kekalahan MCA adalah punca kerajaan negeri menutup Jonker Walk.
 
Pada pilihan raya umum lalu, MCA bukan sahaja gagal merampas Parlimen Kota Melaka, tetapi Ketua Menteri Datuk Seri Ali Rustam yang berpindah ke Parlimen Bukit Katil tewas di tangan Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin. 
 
SUMBER: AntaraPos

"TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA!" - Hang Tuah

3 comments:

  1. zailani abd latif26 June 2013 at 00:43

    tahniah dan syabas km mlaka ..ini yg patut di lakukan dr dulu lg

    ReplyDelete
  2. memang hebat, terbaik, da bomb!! menunggu lagi berita-berita yang hebat macam ni. sita semua rumah urut pelacuran. tangkap along2 mafia. aku happy!!

    ReplyDelete
  3. pub2 yang besepah kat melaka raya dan di sekitar mel
    aka kasi tutop ajer...baru padan muka dorg..kasi betis nk peha..

    ReplyDelete

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!