Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Thursday 20 June 2013

Penjawat Awam Berpolitik dan Menghina Kerajaan diwaktu berkerja?

1.Kakitangan awam akan dinaikkan gaji ke satu tangga antara RM80 - RM320. Ia akan dikuatkuasakan bermula 1 Julai depan. Penjawat awam yang didapati terlibat dengan kegiatan politik tanpa kebenaran daripada ketua jabatan ataupun berpolitik dalam waktu kerja boleh dikenakan tindakan tatatertib. Waktu bekerja di Jabatan kerajaan bukanlah waktu untuk berpolitik.

2.Seorang wakil Kedah mencadangkan agar kerajaan mengambil tindakan segera ke atas penjawat awam yang terlibat secara langsung dalam politik pembangkang kerana ia dilihat sebagai satu pengkhianatan kepada sektor awam.

3.Penjawat awam perlu mempunyai nilai dan etika yang tersendiri dalam kamus kehidupan mereka. Tonggak utama etika penjawat awam diterangkan dengan jelas dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dalam perkara 4.(1), iaitu “Seseorang pegawai hendaklah pada setiap masa dan setiap ketika memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada Yang di-Pertuan Agong (YDP), negara dan kerajaan”.

4.Sebarang rasa tidak puas hati terhadap dasar kerajaan perlu disalurkan melalui kaedah yang betul tanpa menimbulkan kritikan terbuka supaya tidak terzahir konflik dan pertentangan antara penjawat awam sebagai pelaksana sesuatu dasar dengan dasar yang diamalkan dalam perkhidmatan awam.

5.Keperluan bersikap neutral dalam kalangan penjawat awam merupakan cabaran yang kini melanda perkhidmatan awam Malaysia.

6.Jika ada antara mereka yang tidak suka akan dasar kerajaan dan juga dasar-dasar kempipinan kerajaan yang memerintah, anda disarankan berhenti kerja dari jawatan penjawat awam anda kerana ratusan ribu orang diluar sana yang masih mahu menggalaskan tanggunjawab sebagai penjawat awam yang berhemah dan etika.

-FF-

No comments:

Post a Comment

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!