Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Wednesday 19 June 2013

Pengguna Digesa Bersatu, Guna Kuasa Kekalkan Keamanan Negara: PPIM

SUMBER: PerakToday
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan terus melipatgandakan usahanya untuk menjayakan kempen memboikot lapan produk keluaran syarikat tempatan yang jelas menyokong demonstrasi jalanan yang dipelopori pihak pembangkang. 

Ketua Aktivitis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata sejak dilancarkan dua minggu yang lalu, kempen itu tidak tertumpu kepada semua produk keluaran syarikat Cina sebaliknya hanya produk keluaran syarikat yang menyokong demonstrasi jalanan di negara ini.

“Timbul perspektif yang salah di kalangan rakyat kononnya PPIM minta pengguna boikot semua produk keluaran syarikat Cina tetapi yang sebenarnya kempen ini dilancarkan sebagai peringatan kepada syarikat yang menyokong demonstrasi jalanan yang terbukti menjejaskan kemakmuran dan keselamatan rakyat negara ini.

“Kita terima banyak aduan dan rungutan daripada rakyat berkaitan perhimpunan jalanan yang dianjurkan pembangkang sejak keputusan PRU-13 diketahui pada 5 Mei.

“Rakyat menderita dan meluahkan rasa bimbang dengan demonstrasi jalanan yang masih berterusan kerana merasakan mereka tidak seharusnya melalui masalah itu selepas pilihan raya berakhir,” katanya kepada pemberita pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Nadzim menjelaskan, pihaknya berharap seluruh rakyat Malaysia khususnya pengguna Islam bersatu hati untuk menjayakan kempen memboikot lapan produk yang dikeluarkan syarikat yang jelas menyokong perhimpunan dan demontrasi jalanan di negara ini.

Beliau berkata, antara produk yang dikenalpasti ialah tepung gandum Cap Sauh, Cap Kunci, Old Town Cafe, Pappa Rich, produk makanan dalam tin jenama Marina, minyak masak Seri Murni dan syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia.

“Kita mahu pengguna menggunakan kuasa mereka untuk mengajar syarikat yang angkuh ini dengan sasaran mengurangkan sekurang-kurangnya 30 peratus keuntungan syarikat dengan memboikot produk keluaran mereka.

“Jangan beli dan guna produk ini jika anda sokong dan sayangkan keamanan yang kita kecapi hari ini,” katanya sambil menjelaskan kempen secara besar-besaran akan dilakukan persatuan itu termasuklah mengedarkan risalah di masjid-masjid di seluruh negara.

Sementara itu, beliau turut menggesa kerajaan Pusat melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) mengambil tindakan tegas terhadap pihak The Red Bean Army yang
menyebar fitnah terhadap syarikat berkepentingan Melayu secara terancang sejak 2011 lagi.


Dengan tujuan menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan hari ini, pasukan itu katanya, menggunakan media baru untuk menyebar fitnah dan tohmahan secara terancang.

“Fitnah dan kempen boikot produk keluaran syarikat berkepentingan Melayu seperti jenama Gardenia sudah dimulakan sejak 2011 lagi.

“Apabila disebarkan secara meluas di media baru, akhirnya rakyat terpengaruh dengan dakyah pembangkang ini yang jelas mahu menjatuhkan kerajaan BN dan UMNO yang kononnya mempunyai kepentingan dalam syarikat itu,” katanya sambil menjelaskan pengasas Yayasan Al-Bukhary, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary hanya memiliki 30 peratus saham syarikat Gardenia manakalanya dimiliki oleh syarikat Singapura.

Menurutnya, kerajaan perlu melakukan kawalan dengan segera manakala rakyat Malaysia pula harus bangkit daripada terus ditipu oleh pihak tidak bertanggungjawab ini.
“Dikhuatiri jika tiada tindakan atau kawalan diambil, rakyat akan mudah menerima segala fitnah, sekaligus mempengaruhi minda untuk mereka membenci dan mensabotaj kerajaan hari ini,” katanya lagi.

Apa yang disebarkan di alam maya oleh kumpulan berkenaan hanya menunjukkan keburukan kerajaan dan mewujudkan ruang agar rakyat tidak bersatu padu sebagai bangsa Malaysia, katanya lagi.

“Sebagai contoh, mereka melancarkan kempen boikot roti keluaran Gardenia dan pasar raya besar Mydin secara terancang yang dikaitkan dengan kepentingan politik sedangkan ia tidak benar sama sekali.

“PPIM mahu fitnah seperti ini dihentikan kerana ia mewujudkan perasaan tidak senang antara kaum Melayu dan Cina, sekaligus menjejaskan perpaduan yang terjalin selama ini.

“Kita berharap agar Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara dapat melihat perkara ini dengan serius dan bersungguh-sungguh,” katanya lagi.

No comments:

Post a Comment

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!