Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Friday, 12 July 2013

FGV nafi bumiputera sukar dapat kontrak - Utusan

KUALA LUMPUR 11 Julai - Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) menolak dakwaan bahawa vendor-vendor bumiputera sukar mendapat kontrak dengan syarikat berkenaan.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Khairil Anuar Aziz menyifatkan perkara itu tidak benar sama sekali kerana FGV masih mengamalkan sistem tender terbuka bagi kontrak-kontrak yang ditawarkannya.

Khairil Anuar berkata demikian ketika mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa vendor bumiputera sukar mendapat kontrak syarikat itu yang disiarkan di laman media sosial sejak akhir-akhir ini.Beliau menjelaskan dakwaan itu juga tidak kena mengena dengan usaha FGV yang kini dalam proses mengurangkan kos pemerolehan sebanyak 10 peratus daripada RM2 bilion untuk tempoh selama dua tahun.

Khairil Anuar berkata, pengurangan itu merupakan usaha menambah baik Pelan Integriti yang dibangunkan oleh FGV ke arah meningkatkan produktiviti dan memastikan operasi tidak terjejas.Menurut beliau, buat permulaan tumpuan diberikan kepada penjimatan kos bagi perbelanjaan alat-alat ganti yang berskala besar.

"Setiap tahun sebanyak RM100 juta dibelanjakan bagi keperluan alat-alat ganti melibatkan 71 buah kilang kelapa sawit dan kilang penapis milik kami.

"Sejak usaha ini dijalankan enam bulan lalu, FGV dapat menjimatkan antara RM6 juta hingga RM7 juta.

"Ini adalah sesuatu yang baik kerana setiap penjimatan ini akan diagihkan kepada para pemegang saham dan para peneroka," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, kelmarin.
 
Jelasnya, selain menikmati harga yang lebih baik, FGV juga dapat memastikan alat ganti yang dibekalkan lebih berkualiti dan mendapat jaminan ganti selepas pembelian.Melalui pendekatan itu, beliau berkata, FGV juga berpeluang menjalinkan hubungan perniagaan dengan pembekal-pembekal besar.

Ditanya tentang kenapa langkah penjimatan diambil, Khairil Anuar berkata, harga belian alat-alat ganti berskala besar melalui vendor-vendor adalah sangat mahal.Beliau tidak dinafikan bahawa harga berkenaan tinggi berpunca daripada tindakan sesetengah vendor yang mengambil keuntungan di atas angin atau sekadar menjadi posmen (penghantar sahaja).

Khairil Anuar menjelaskan pendekatan FGV tidak harus dilihat sebagai sesuatu yang negatif sebaliknya bakal mewujudkan persaingan sihat kepada vendor-vendor yang telus.Katanya, buat masa ini FGV mempunyai senarai mengandungi 7,000 vendor yang mana 80 peratus adalah bumiputera dan 20 peratus daripadanya adalah warga Felda sendiri.

"FGV sudah menjadi syarikat senaraian awam, operasi perlu dilaksanakan secara telus dan mengamalkan tadbir urus korporat yang baik," kata beliau lagi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130712/ek_01/FGV-nafi-bumiputera-sukar-dapat-kontrak#ixzz2YouQ5oaK
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!