Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Sunday 7 July 2013

Rumah Urut Dan Kelab Malam Takper....Karnival Ramadhan Jangan!

Exco DAP melalui portfolio exco kerajaan tempatan Datuk Teng Chang Khim campurtangan dalam soal Karnival Ramadhan kononnya menerima bantahan dari peniaga dari premis perniagaan DAP yang berdekatan, Majlis Perbandaran Kajang akan merujuk isu Karnival Ramadhan ini terus ke MB Selangor.
Dalam masa yang sama beliau bersikap 'slumber' dengan isu rumah-rumah urut di Selangor walaupun mengakui yang rumah-rumah urut ini semakin banyak di sini (Berita di Antarapos).

Beliau juga menyalahkan orang ramai kerana tidak melaporkan mengenai kewujudan premis-premis pada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). -ARTIKEL DI SINI-

Beliau pernah mencadangkan supaya rumah-rumah urut di sekitar Selangor diasingkan mengikut jantina sebelum mengubah kenyataan beliau (Berita di Sini).
Sehubungan dengan itu Selangor juga telah mencatatkan peningkatan dalam pembukaan pusat-pusat hiburan yang terbanyak dengan Klang mencatatkan 207 pusat hiburan menjadikannya yang tertinggi di Selangor (Sumber).Bernama pernah melaporkan bahawa pertumbuhan pusat-pusat hiburan adalah drastik dalam masa setahun.
KUALA LUMPUR: Kerajaan Selangor perlu telus dan memberi penjelasan kepada orang ramai mengenai pertumbuhan pusatpusat hiburan, rumah urut dan pusat refleksologi dalam negeri yang cukup ketara, kata Pengerusi badan perhubungan Gerakan Selangor, Senator A Kohilan Pillay.
Beliau berkata statistik Majlis Keselamatan Negara menunjukkan bahawa ketika ini terdapat kira-kira 4,000 premis sedemikian yang beroperasi di Selangor berbanding 700 sebelum ini.
"Memandangkan jumlahnya meningkat secara drastik, orang ramai ingin tahu berapa banyak daripadanya yang menjalankan aktiviti itu dengan mematuhi undang-undang, dan bukan hanya menggunakan ia untuk melindungi aktivitiaktiviti haram," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau yang juga Naib Presiden Gerakan berkata kerajaan Selangor kelihatan mengambil sikap tidak endah terhadap gesaan oleh banyak pihak yang mahukan penjelasan mengenai perkara itu.
"Kami difahamkan lesen rumah urut di Selangor sudah dibekukan oleh kerajaan Selangor tahun lepas ekoran ada pengusahanya yang cenderung menggunakan pusatpusat itu untuk melindungi kegiatan haram. Bagaimanapun kegiatan pusat-pusat ini sebaliknya kini dilihat semakin berleluasa, mesti ada sesuatu yang tidak kena," katanya.
Semalam bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dilaporkan berkata kebanyakan kegiatan curi pasir, perjudian, spa dan pelacuran di Selangor didalangi oleh "gerakan bawah tanah" atau kongsi gelap. -BERNAMA
Walaubagaimanapun Keadilan Daily pernah mengeluarkan kenyataan dan memberikan statistik oleh bekas exco kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu, bahawa tidak ada sebarang lesen baru dikeluarkan semenjak mengambil alih pemerintahan kerajaan negeri.
Dalam pada itu,pihak BBCD ada terbaca satu artikel mengenai beliau di SINI.Dalam artikel tersebut ada menceritakan mengenai usaha beliau dalam memperjuangkan Autonomi DAP melalui Draf Enakmen Suruhanjaya Perkhidmatan Dewan Undangan Negeri Selangor (SELESA) di bentangkan dan diluluskan oleh DUN.Adakah selepas ini Selangor bakal menerima nasib yang sama seperti di Pulau Pinang? 

Berbalik kepada isu Karnival Ramadhan diatas,pihak BBCD telah dimaklumkan bahawa kes ini akan dibawa kepada pengetahuan MB Selangor.Diharap dalam hal ni,Tan Sri Mohd Khalid dapat mengambil langkah yang bijak dan tidak mengikut telunjuk DAP.Keputusan ini sepatutnya diputuskan oleh Exco Kerajaan yang disandang oleh ahli DAP tapi kebelakangan ini DAP sering menunjukkan belangnya melalui kuasa politik bahawa mereka berkuasa dalam menentukan halatuju Ekonomi orang melayu seperti kes di Pulau Pinang.Tawakkal saja lah.Kami di BBCD berharap apapun keputusannya nanti,ia akan berpihak kepada peniaga-peniaga Melayu kita.Kalau tidak,anggaplah saja ini adalah ujian di bulan Ramadhan yang bakal tiba.

Pesanan dari BBCD,kalau dah jadi macam ni,faham-fahamlah.Janganlah kita biarkan juak-juak ini mengganggu gugat hak kita.Gunakanlah kuasa dan kederat kita untuk menjaga hak kita.Kalau kita tak minat sesuatu pergerakkan yang cenderung kepada sesuatu politik, tidak apa,tolak ketepi bab politik tu.Tapi janganlah sampai tak tolak dan tidak ambil tahu langsung mengenai masa depan bangsa kita.Marilah bersama-sama kita berjihad bersama-sama untuk membantu menggerakkan ekonomi orang melayu untuk terus maju.

No comments:

Post a Comment

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!