Petikan artikal dari SINI |
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuduh Barisan Nasional (BN) sebagai mengamalkan ideologi perkauman, seperti yang diamalkan oleh pemimpin Nazi Adolf Hitler dan rejim apartheid Afrika Selatan.
Guan Eng dilaporkan organ DAP, roketkini
berkata keputusan mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP
adalah mengutuk tindakan BN yang disifatkan sebagai jahat dengan
menyerang parti tersebut tanpa henti lebih sebulan selepas Pilihan Raya
Umum ke-13.
Sudah tentu serangan Guan Eng terhadap BN itu merujuk kepada UMNO yang menjadi tunggak parti itu.
Nada yang sama turut dilontar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim apabila mengecam UMNO sebagai angkuh apabila mendakwa dan
menahan aktivis pembangkang pro demonstrasi ke mahkamah.
“Peristiwa yang berlaku dengan penangkapan semula Tian Chua, Tamrin dan Haris selepas empat hari dibebaskan menunjukkan polis sedang menunjuk lagak melalui kuasa yang dimiliki,” kata Anwar dilaporkan Sinar Harian dalam berita bertajuk “ Anwar: Keangkuhan Umno akan terbalas”
Portal itu turut memetik kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang
mendakwa nama beliau tersenarai bersama sebilangan individu yang
dihalang daripada memasuki Sabah.
Kit Siang juga mendakwa, turut tersenarai adalah Anwar, Pengarah
Strategi PKR, Rafizi Ramli dan Pengerusi Bersama Bersih, Datuk S Ambiga.
Namun, tuduhan Kit Siang itu menjadi ejekan apabila beliau dan Anwar telah tiba di Kota Kinabalu hari ini tanpa sekatan daripada pihak imigresen untuk menghadiri program cermah Black 505 malam ini.“Lim, ketika tiba di Kota Kinabalu pagi ini, menulis sebarang tweet bahawa dia telah “memasuki Sabah tanpa kekecohan kerana ia sepatutnya. Autonomi imigresen untuk negeri Sabah termasuk hak-hak asasi rakyat Malaysia untuk memasuki untuk aktiviti politik yang sah,” lapor FMT.
Profesor Ulung, Prof. Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dilaporkan Utusan Malaysia membidas DAP yang menuduh UMNO sebagai perkauman seumpama parti itu mahu menukar dirinya menjadi musang berbulu ayam.
Keangkuhan DAP mengambarkan partinya sebagai ‘pemenang’ dengan
kononnya memperolehi undi popular dan melabel kerajaan pimpinan pimpinan
UMNO sebagai kerajaan minoriti turut dibidas Shamsul Amri.
Jelas beliau, dari segi teorinya, jika parti itu bertanding di
kawasan pengundi berbilang kaum, maka DAP hanya mampu memperoleh
majoriti 40 peratus, iaitu jumlah kemenangan yang jauh lebih kecil
berbanding UMNO.
“Membandingkannya dengan UMNO, hanya menunjukkan DAP tak dapat membezakan antara konsep busut, bukit dan gunung, maka dalam konteks ini secara jelas DAP adalah parti bersaiz sebuah busut dan tidak layak dibandingkan dengan UMNO, sebuah parti sebesar sebuah gunung.“Nampaknya DAP sudah menjadi parti bersaiz busut yang bongkak. Perangai Si Luncai DAP ini elok diperhatikan saja. Biarkan Luncai terjun dengan labu-labu kecilnya,” katanya.
Dalam pada itu, Shamsul Amri yang juga Timbalan Pengerusi Majlis
Profesor Negara berkata, adalah lebih baik DAP membandingkan kedudukan,
tujuan, matlamat dan pencapaiannya dengan MCA yang ditubuhkan hanya
khusus untuk kaum Cina.
Menurut beliau, Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) yang lalu
membuktikan perkara tersebut iaitu mereka menang semata-mata kerana
sokongan pengundi Cina setempat.
“MCA dari awal menyatakan nama dan tujuan kewujudannya untuk kaum Cina, tidak berselindung dan bermuslihat serta berpura-pura sebagai parti berbilang kaum,” katanya.
Tuduhan DAP, Anwar dengan melabel UMNO sebagai perkauman dan diktator sudah tentu mempunyai muslihat tertentu.
Sekarang ini, modus operandi sama telah digunakan di Turki. Baca selanjutnya di sini.
No comments:
Post a Comment
Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.