Feed RSS BBCD Like BBCD di Facebook BBCD di Twitter BBCD di Google+ BBCD di Youtube BBCD di Pinterest

Boikot Barangan Cina Dap

Download BBCD KIT Sekarang!

Monday 1 July 2013

Melayu Memang Mudah Lupa!


Beberapa hari yang lepas, saya berkesempatan duduk semeja dengan rakan-rakan lama di sebuah kedai mamak. Di antara mereka ini adalah dua pilot atau juruterbang Melayu dari syarikat Penerbangan Malaysia. Semua orang tahu bahawa gaji orang yang berkerjaya sebagai pilot terutamanya syarikat komersial adalah tinggi.

Sembang punya sembang maka tiba topik politik.

Salah seorang pilot ini turut bercerita tentang betapa jijiknya dia dengan keadaan politik di negara kita, tentang betapa kita gagal untuk menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang mengamalkan konsep yang adil dan saksama untuk semua bangsa.

Bagi dia, setiap insan di Malaysia ini perlu menjalani hidup sebagai rakyat yang tidak berdasarkan warna kulit. Maksud yang lebih jelas ialah, dia tidak setuju bahawa kaum Melayu dan bumiputra mendapat kelebihan atau keistimewaan seperti yang termaktub di dalam perlembagaan negara. 

Setiap insan perlu bekerja keras untuk mengecapi nikmat kejayaan hidup atas usaha sendiri atau dibantu secara adil untuk semua. Sistem kuota di universiti, jabatan-jabatan kerajaan dan sebagainya adalah oppressive atau kejam kepada bangsa lain seperti orang Cina, India, Serani dan sebagainya. Dia berjaya menjadi juruterbang adalah atas usaha gigih dirinya sendiri. Kejayaan lebih manis jika atas dasar meritrokasi katanya.

Saya amat yakin bahawa dia memang bekerja keras untuk sampai ke peringkat kapten pesawat yang besar seperti Boeng 777 dan sebagainya.

Jadi saya bertanya tahap pendidikan dia dan jawapannya adalah cuma SPM gred satu melalui sekolah aliran sains di mana mata pelajaran wajib untuk kerjaya juruterbang mesti lulus kredit fizik dan bahasa Enggeris.

Saya bertanya lagi adakah beliau berasal dari keluarga kaya yang dapat menyambung kursus juruterbang yang memakan belanja besar sehingga dua atau tiga ratus ribu dengan saraan keluarga?Tidak, keluarga berpendapatan sederhana tetapi dibiayai sepenuhnya oleh program “flying cadet” oleh Penerbangan Malaysia (MAS).

Berapa orang kah pelajar atau kadet berbangsa Melayu di dalam batch you?
14 dari 20 orang jawapannya dan semuanya mengikut program kadet tadi yang dibiayai sepenuhnya oleh MAS.

Seorang lagi pilot cuma berdiam diri dan menundukkan kepala seolah-olah tahu ke mana arahnya perbualan saya.

Cara saya mengolah soalan-soalan ini dengan cara yang selamba untuk mengelak pilot ini dari mengetahui niat saya. Bagaimana pulak kelulusan enam lagi kadet yang bukan Melayu, yang terdiri dari Cina dan India? Ada yang kelulusan STPM, diploma dan ijazah tetapi yang Melayunya semua berkelulusan SPM sahaja katanya.

Jadi saya bertanya, tidak terfikirkah kamu kenapa seramai 14 pelajar dari jumlah keseluruhan 20 pelajar itu adalah bangsa Melayu dan dia menggelengkan kepala bahawa dia tidak tahu.

Saya pun membuka kata bahawa dia adalah salah satu produk atau hasilan dari Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang telah lama diamalkan untuk membantu bangsa Melayu dan kaum bumiputra. Sejumlah majoriti pelajar Melayu di dalam kelas dia menunjukkan bahawa 60 peratus Melayu diwajibkan untuk menerima biayaan tersebut telah pun dipraktikkan dan dia memang termasuk di dalam sistem kuota yang tadi dia katakan loya,jijik  dan hendak termuntah atas ketidakadilan kerajaan.

Sekarang bila gaji sudah mencecah 25 ribu ke atas sebulan, maka jijik yer atas Dasar Ekonomi Baru yang turut meletakkan dia di kerusi kapten pesawat. Dia lupa dan tidak sedar bahawa kesenangan dan status hidup dia adalah sedikit sebanyak dilonjakkan oleh DEB kerajaan Melayu.

Terdiam la dia.

Bukan juruterbang sahaja yang terkena penyakit tidak sedar bahawa diri mereka adalah produk DEB dan perlembagaan yang membantu kaum Melayu dan Bumiputra. Ramai lagi golongan profesional Melayu yang lupa bahawa kejayaan mereka bukan sekadar atas usaha sendiri tetapi dengan bantuan tanpa sedar oleh tangan-tangan ajaib kerajaan pimpinan orang Melayu.

Doktor, peguam, pakar IT, ahli perniagaan dan perbagai lagi golongan profesional merasakan kebijaksanaan mereka lah yang menjadi satu kebanggaan di dalam kejayaan mereka. Kerajaan tidak terlibat secara lansung kononnya. Oleh kerana rasa diri sendiri amat bijak dalam mewancanakan hidup, maka tafsiran untuk berterima kasih kepada kerajaan sudah tercampak jauh. Bila tongkat atau kerusi roda tidak diperlukan lagi, campak sahaja ke lombong...tidak perlu diserahkan kepada golongan yang memerlukan. Mereka sudah senang maka DEB tidak kena mengena dengan mereka lagi. Melayu di kampung dan kaum bumiputra di desa adalah bukan masalah mereka. Mereka Melayu urban yang berjaya. 

Species jenis lupa diri ini lah yang rata-ratanya di belakang ahli-ahli politik yang mengutuk kerajaan.  

--Selendang Merah--

No comments:

Post a Comment

Pihak BBCD tidak bertanggungjawab diatas sebarang komen.Korang pandai-pandai lah menjawab.Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Download BBCD KIT Sekarang!